
Ujian Pertengahan Tahun UPT PJK Tingkatan 2. Sistem Guru Online berkongsikan UPT bagi Pendidikan Jasmani Kesihatan pada kali ini.
Jika perhatikan pada garis pengenalan subjek Tingkatan 2 daripada KPM, kita akan dapati bahawa tiada bahagian spesifik dimaksudkan untuk subjek PJK.
UPT PJK Tingkatan 2 ini juga merupakan sebahagian daripada perkongsian SGO di dalam laman web kami iaitu pada post Bank Soalan UPT Tingkatan 2
Sebagaimana yang telah kita ketahui, PJK merupakan subjek mudah dalam persekolahan dan soalan yang dikeluarkan adalah agak mirip walaupun bagi Tingkatan 1, 2 atau 3.
Contoh Soalan Peperiksaan UPT PJK Tingkatan 2
19 Apakah maksud yang sesuai bagi latihan “Fartlek”?
A Berbentuk larian ulang alik pada tempat yang sama
B Kaedah latihan yang memberi penekanan beban dan kekerapan yang sama
C Sistem latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan pelbagai kelajuan
D Gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen
20 Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
A Aktiviti naik turun bangku
B Aktiviti lari pecut 30 meter
C Melakukan lompat jauh berdiri
D Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.
21 Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan otot
A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan
bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
22 Antara berikut, yang manakah aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular ?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik
D Aktiviti bangkit tubi
23 Aktiviti bangkit tubi bertujuan membina daya tahan otot di …………..
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
24 Aktiviti dekam lunjur bertujuan membina daya tahan otot di …………..
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
25 Aktiviti angkat tumit bertujuan membina daya tahan otot di
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
Selain UPT PJK Tingkatan 2
Sila dapatkan soalan soalan peperiksaan UPT yang lain iaitu pada Bank Soalan UPT Tingkatan 1.
Dapatkan UPT PJK Tingkatan 2 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada semua. Sekian Terima Kasih
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum