
Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Moral Tingkatan 1. Posting ini akan berkongsikan soalan pendidikan moral yang sesuai untuk dijadikan ujian pertengahan tahun bagi tingkatan 1.
Posting ini merupakan sebahagian daripada perkongsian SGO bagi Koleksi Bank Soalan Ujian Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1.
KSSM Pendidikan Moral Tingkatan 1
Tujuan KSSM Pendikan Moral Tingkatan 1 haruslah seiringan dengan DSKP Pendidikan Moral. Objektif DSKP Pendidikan Moral adalah
Objektif Pendidikan Moral
OBJEKTIF KSSM Pendidikan Moral bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Mengetahui dan memahami konsep moral serta isu-isu moral dalam kehidupan seharian;
2. Mengembangkan penaakulan moral dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah moral berasaskan kepada prinsip moral;
3. Menyuburkan emosi moral ke arah tingkah laku berempati dan adil;
4. Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan berintegriti;
5. Memperkukuh elemen perpaduan dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni; dan
6. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal untuk berakhlak mulia.
Contoh Soalan UPT Pendidikan Moral Tingkatan 1.
BAHAGIAN B
(10 Markah)
Soalan ini wajib dijawab
- Â Jelaskan tiga kekuatan dan tiga kelemahan diri anda. Seterusnya, Â jelaskan cara anda mengatasi setiap kelemahan diri anda tersebut. Sambung ayat di bawah.
Setiap orang mempunyai potensi diri masing-masing. Potensi diri bermaksud bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang. Disamping mengetahui potensi diri, kita juga perlu mengenalpasti  kelemahan diri dan berusaha untuk membaikinya.
Kekuatan yang ada dalam diri saya ialah _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
10. Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Huraikan lima kebaikan yang dapat anda peroleh semasa menyertai program 1 murid 1 sukan. Â Â Â
[10 markah]
Dapatkan UPT Pendidikan Moral Tingkatan 1 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :Â
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan terima kasih untuk menyokong SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum