Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1

Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1

Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Sila dapatkan soalan peperiksaan Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 1 pada ruangan kotak muat turun di bawah.

Soalan ini merupakan contoh soalan PJK yang amat sesuai untuk dijadikan soalan peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 1. Ianya adalah selari dengan KSSM Pendidikan Jasmani bagi tingkatan 1.

Objektif Pendidikan Jasmani

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Meneroka konsep dan prinsip dalam Pendidikan Jasmani menerusi pendekatan inkuiri;
2. Mengaplikasi pengetahuan semasa melakukan aktiviti fizikal;
3. Menggunakan istilah Pendidikan Jasmani untuk berkomunikasi secara berkesan;
4. Melakukan kemahiran secara berkesan dalam pelbagai konteks;
5. Mempamerkan dan mengaplikasi pelbagai kemahiran dan teknik dengan berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal;
6. Mempamerkan dan mengaplikasi pelbagai prinsip, strategi, dan konsep pergerakan semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. Bekerjasama dan berkomunikasi dengan berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal;
8. Membina hubungan yang positif dan menunjukkan tanggungjawab sosial semasa melakukan aktiviti fizikal;
9. Mempamerkan pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
10. Mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

 

Contoh Soalan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1

30. Apakah faedah memiliki kelajuan yang baik ialah
A. Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
B. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
C. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

31. Antara berikut, yang manakah dapat membina kelenturan?
A. Tekan tubi
B. Lari pecut 60 meter
C. Berlari dan berjalan pantas
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

32. Terdapat 4 prinsip latihan yang perlu diambil kira apabila hendak mencapai tahap kecergasan yang baik iaitu
A. tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan koordinasi
B. ansur maju, tambah beban, kekerapan dan tempoh masa
C. tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan kelenturan
D. ansur maju, tambah beban, kekerapan dan kompisisi tubuh badan. U1

33. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju ?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
C. Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu.
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dan aktiviti mudah kepada sukar U1

34. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tambah beban?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
C. Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dalam jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar.

35. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kekerapan?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun
C. Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dan jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar

36. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tempoh masa?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun
C. Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dri aktiviti mudah kepada sukar

37. Mengapakan prinsip latihan perlu dipatuhi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal?
A. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan
B. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
C. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
D. Memastikan atlet mendapt kesan latihan yang baik dan menggelakkan kecederaan otot
42. Langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan semasa melakukan sesuatu aktiviti ialah
I. pakaian dan kasut yang sesuai
II. mengabaikan arahan dan peraturan
III. memanas dan menyejukkan badan
IV. mengikut kemampuan dan tahap kecergasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

43. Apakah faedah mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik ialah
I. mengurang risiko penyakit jantung
II. mengurangkan dan mengawal berat badan
III. meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.
IV. mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

44. Faedah memiliki kelenturan yang baik ialah
I. menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
II. meningkatkan kualiti daya tahan, kekeuatan dan ketangkasan
III. menambah keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
IV. mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

45. Antara faedah mempunyai kuasa yang baik ialah
I. otot menjadi hipertropi
II. meningkatkan kekuatan otot
III. meningkatkan daya tahan otot
IV. mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

 

Dapatkan Soalan Peperiksaan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Koleksi Soalan PJK Ting 1

PJK T1 2014 PAT 

SOALAN PJ PPT Ting1 2017

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online