
Soalan Peperiksaan UPT Matematik Tingkatan 2. Sila dapatkan soalan peperiksaan bagi ujian pertengahan tahun UPT untuk subjek Matematik Tingkatan 2 disini.
Soalan Matematik ini merupakan sebahagian daripada perkongsian SGO bagi koleksi bank soalan UPT Tingkatan 2.
Objektif Subjek Matematik Tingkatan 2
Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
- Membuat anggaran dan penghampiran
- Mengukur dan membina
- Memungut dan mengendali data
- Mewakilkan dan mentafsir data
- Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
- Menggunakan algoritma dan perkaitanMenyelesaikan masalah
- Membuat keputusan
4. Berkomunikasi secara matematik.
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik.
8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
9. Bersikap yang positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik
Arahan Bagi Menjawab Soalan Matematik
Arahan
1. Kertas iniboleh dibuka apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan kelas anda di ruang yang disediakan.
3. Tulis jawapan anda di ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
4. Serahkan kertas soalan ini kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik
Contoh Soalan UPT Matematik Tingkatan 2
7 (a) Kenal pasti pembolehubah dalam sebutan algebra berikut.
i) 12s
ii) -3rst
iii) cd^3 e
[3 markah]
Jawapan
i) ________
ii) ______________
iii) _______________
(b) Tentukan pekali bagi st dalam setiap sebutan berikut.
i) 6st
ii) -0.5s^2 t
iii) 8stu [3 markah]
Jawapan
i)______________
ii) _______________
iii) _________________
(c) Bulatkan sebutan-sebutan serupa.
Jawapan
i) 2ab,2bc,-3cd,-4ba
ii) 3yz, 3xy, 5xy, -yx
iii) 5pq^2,-p^2 q,-4qp,2qp^2
iv)-a^2 bc,-c^2 ba,-cba,7abc
[4 markah]
8 (a) Nyatakan tiga sebutan serupa bagi sebutan berikut
-7fgh
[3 markah]
Jawapan
_____________________ ,
__________________________ ,
_____________________
(b) Cari hail darab bagi
i) 2ab ×3c
ii)-5ab ×(-4ac)
[3 markah]
Jawapan
i) ______________
ii) ______________
(c) Cari hasil bahagi bagi
i) 5x^2 y^3÷xy^2
ii) -9rst ÷(-6rs) [4 markah]
Jawapan
i)______________
ii)______________
9 (a) Nyatakan bilangan sebutan dalam setiap ungkapan yang berikut.
i) 2ab+10
ii) 4xy+3xyz-xz+1
iii) ab-3bc+4 [3 markah]
Jawapan
i)______________
ii)______________
iii)______________
(b) Permudahkan setiap ungkapan berikut.
i) ab+8ab
ii) 4ab+bc+3ab+3bc [3 markah]
Jawapan
i)______________
ii)______________
(c) Diberi a=2,b=3,c=-4,hitung nilai bagi setiap ungkapan berikut.
i) 6a+3b
ii) b^2-7ac [4 markah]
Jawapan
i)______________
ii)______________
Dapatkan UPT Matematik Tingkatan 2 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’
Download :Â
Sekian semoga bermanfaat dan terima kasih kerana menyokong SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum