Soalan Peperiksaan UPT Matematik Tingkatan 1.

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
Soalan Matematik UPT Form 1
Soalan Matematik UPT Form 1

Soalan Peperiksaan UPT Matematik Tingkatan 1. Posting ini akan berkongsikan ujian pertengahan tahun UPT bagi subjek Matematik bagi Tingkatan 1.

UPT Matematik Tingkatan 1 merupakan sebahagian dari perkongsian Sistem Guru Online untuk bank soalan UPT Tingkatan 1.

Soalan UPT ini disediakan dan merupakan selarasan yang tepat dengan kehendak DSKP Matematik Tingkatan 1 KSSM.

Selarasan yang tepat merujuk kepada objektif DSKP yang dipatuhi iaitu.

Objektif DSKP UPT Matematik Tingkatan 1

KSSM Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret;

2. Membentuk kapasiti dalam:

  • merumus situasi ke dalam bentuk matematik;
  • menggunakan konsep, fakta, prosedur dan penaakulan; dan
  • mentafsir, mengaplikasi serta menilai hasil matematik;

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks;
4. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret seperti:

  • memungut dan mengendalikan data;
  • mewakilkan dan mentafsir data;
  • mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;
  • menggunakan algoritma dan perkaitan;
  • membuat anggaran dan penghampiran; dan
  • mengukur dan membina;

5. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan; berkomunikasi secara matematik, membuat perkaitan dan perwakilan;
6. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian;
7. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
8. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah;
9. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya;
10. Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif dan inovatif; dan
11. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21

Contoh Soalan UPT Matematik Tingkatan 1

1. Nyatakan nilai tempat bagi digit yang bergaris dalam 687 473.

A. Ratus ribu
B. Puluh ribu
C. Ribu
D. Ratus

2. Terdapat 18 murid lelaki dan 13 murid perempuan di Tingkatan 1 Anggerik. Setiap murid lelaki membayar RM 8 untuk baju sukan dan setiap murid perempuan membayar RM11 untuk baju sukan. Kira jumlah bayaran mereka.

A RM288
B RM287
C RM290
D RM350

3. 468 / (6+3) x 2 =

A. 26
B. 84
C. 104
D. 162

4. x , 23 , 29 , 31 , y adalah nombor perdana yang disusun mengikut susunan tertentu.
Nilai bagi x + y ialah

A 54
B 56
C 58
D 60

5 Cari nilai 25/10 + 5/100 + 5/1000

A 2.555
B 3.05
C 2.0555
D 3.055

Dapatkan UPT Matematik Tingkatan 1 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

UPT Matematik Kertas 1 Tingkatan 1

UPT Matematik Kertas 2 Tingkatan 1

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>