Soalan Peperiksaan UPT Geografi Tingkatan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Soalan UPT Geografi Tingkatan 3
Soalan UPT Geografi Tingkatan 3

Soalan Peperiksaan UPT Geografi Tingkatan 3. SGO akan berkongsikan Ujian Pertengahan Tahun UPT Geografi Tingkatan 3.

Terdapat dua sampel soalan yang kami sediakan disini dan anda boleh dapatkan kesemuanya sebagai persediaan soalan peperiksaan di sekolah anda.

Format kedua dua bahan adalah didalam Microsoft Words, jadi ianya boleh diedit dan disesuaikan dengan sekolah anda.

Jangan lupa, kita anda dapati terdapat bahagian soalan yang masih belum diajar dalam kelas, haruslah dikeluarkan terlebih dahulu dan digantikan dengan soalan lain.

Soalan geografi ini merupakan format yang menepati garis panduan KSSM. Tidak dilupa bagi saringan PT3, saringan yang penting bagi subjek Geografi adalah Pelbagai Instrumen.

Soalan ini merupakan satu subjek daripada keseluruhan bank soalan UPT Tingkatan 3. Kami juga akan berkongsikan bahan tersebut nanti.

Format UPT Geografi Tingkatan 3

Soalan ini hanya mengandungi satu kertas sahaja. Di dalam satu kertas ini, terdapat dua bahagian iaitu bahagian Objektif sebanyak 50 markah dan bahagian Subjektif 50 markah.

Contoh Soalan UPT Geografi Tingkatan 3

4 Berdasarkan rajah di bawah ini, isi tempat kosong dengan perkataan dalam kotak yang diberikan.

mutu ladang kilang mangkuk digelek
baldi diasapkan dibekukan pelabuhan ditoreh

 

Mula-mula, anak pokok getah disemai di dalam beg politena dan kemudiannya ditanam di (1)_________________. Pokok getah (2)_________________ bagi memperoleh susu getah. Susu getah akan mengalir ke dalam (3)_________________ kecil.

Susu getah kemudiannya dikumpulkan ke dalam (4)_________________ dan tong besar sebelum dihantar ke (5) _________________ . Di kilang, susu getah(6)_______________ dengan asid yang dicampurkan ke dalam tangki.

Susu getah diletakkan ke dalam tangki berbentuk beberapa kepingan yang berasingan. Selepas susu getah beku, kepingan getah akan (7) _________________  dengan mesin getah.

Kepingan getah yang telah digelek (8) _________________ di rumah asap. Kepingan getah yang kering dikategorikan mengikut (9)_________________ .

Kemudian, kepingan getah dibungkus ke dalam bendela dan diangkut ke (10) _________________ untuk dieksport.

[10 markah]

Dapatkan Soalan Peperiksaan UPT Geografi Tingkatan 3 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’

Download : 

Soalan Peperiksaan Geografi Tingkatan 3 -1 

Soalan Peperiksaan + Skema Geografi Tingkatan 3 -2

 

Sekian semoga bermanfaat dan terima kasih kerana terus menyokong Sistem Guru Online

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum