Ujian UPT Geografi Tingkatan 1

soalan peperiksaan pertengahan tahun upt 2017 geografi tingkatan 1
soalan peperiksaan pertengahan tahun upt 2017 geografi tingkatan 1

Ujian UPT Geografi Tingkatan 1. Ujian Pertengahan Tahun (UPT) yang ingin dikongsikan dalam posting ini adalah subjek Geografi.

Soalan Peperiksaan UPT yang dikongsikan kali ini merupakan sebahagian daripada Bank Soalan UPT yang dikongsikan kami.

KSSM Geografi bagi Tingkatan 1 adalah berdasarkan DSKP Geografi. Oleh sebab itu, soalan peperiksaan yang ingin dijadikan saringan bagi Ujian Pertengahan Tahun haruslah selari dengan garis panduan KSSM Geografi Tingkatan 1.

Garis panduan yang dimaksudkan adalah Objektif KSSM Geografi Tingkatan 1.

Objektif KSSM Geografi Tingkatan 1

KSSM Geografi bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Menerangkan ciri-ciri geografi negara Malaysia yang unik dan istimewa;
2. Mengenal pasti ciri fizikal, manusia dan fenomena alam di Asia Tenggara, Asia dan dunia;
3. Membincangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar;
4. Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ilmu geografi;
5. Merumus data dan maklumat geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif;
6. Menggunakan kemahiran geografi dalam kehidupan;
7. Menjelaskan amalan sikap menghargai kualiti alam sekitar setempat, wilayah dan global; dan
8. Menggabungkan ilmu geografi dalam mengurus sumber dan alam sekitar secara bijaksana dan bertanggungjawab.

Panduan ini bersumberkan panduan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Contoh Soalan UPT Geografi Tingkatan 1

4. Rajah  di bawah ini menunjukkan kompas magnetik yang diorientasikan berdasarkan kompas tersebut,nyatakan arah mata angin bagi tempat-tempat yang berikut. (8 markah)

Untitled 3

TempatArah Mata Angin
1.      Jambatan
2.      Sekolah
3.      Bangunan
4.      Stesan komuter
5.      Sawah
6.      Balai Polis
7.      Dewan
8.      Kilang
Utara,Selatan,Timur,Barat,Barat laut,Timur Laut.Tenggara.Barat Daya

 

Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta di bawah.

2 2
1 Antara berikut faktor manakah yang mempengaruhi penanaman kelapa sawit
di kawasan peta?
I Penduduk yang banyak
II Pembinaan kilang
III Tanah yang bersaliran
IV Tanah yang beralun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Pernyataan manakah yang benar tentang kawasan dalam peta?
A Penanaman padi merupakan tanaman utama
B Pola petempatan berjajar didapati di kawasan Pekan Lama
C Kawasan hutan terletak di bahagian selatan
D kegiatan perlombongan diusahakan di bahagian barat daya peta

3 Apakah arah Pekan Lama dari kilang?
A Utara
B Barat daya
C Barat laut
D Tenggara

4 Apakah bukti yang menunjukkan bahawa kawasan dalam peta terdiri
daripada pelbagai jenis tanih?
A Pola petempatan
B Keluasan kawasan
C Jenis tanaman
D Pola pengangkutan

5 Antara berikut, kawasan manakah yang berpotensi menghasilkan kayu
arang?
A I
B II
C III
D IV

6 Apakah tujuan pembinaan jalan kereta api di kawasan dalam peta?
A Mengangkut penumpang
B Mengangkut hasil perlombongan
C Mengangkut kelapa sawit
D Mengangkut hasil hutan

Dapatkan UPT Geografi Tingkatan 1 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Geografi PPT F1

UJIAN 1 GEO TING 1

 

Sekian terima kasih dan semoga ianya bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum