
UPT Sivik Tingkatan 2. Soalan Peperiksaan Ujian Pertengahan Tahun UPT Sivik Tingkatan 2 ini merupakan sebahagian daripada Bank Soalan UPT Tingkatan 2 kami.
Sebagai makluman juga, Sistem Penyediaan soalan ini juga seharusnya selari dengan kehendak KSSM terbaru bagi Sekolah Menengah menjelang tahun 2017
Mata Pelajaran Sivik
Bagi aras pengajaran Sivik Tingkatan 2, anda boleh merujuk pada Perkongsian kami di RPT Sivik Tingkatan 2
Objektif Pengetahuan Pelajaran Sivik Tingkatan 2
Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Contoh Soalan Peperiksaan UPT Sivik Tingkatan 2
20. Encik Johan disukai oleh rakan sepejabatnya. Encik Johan mungkin
A gemar mengambil alat tulis orang lain tanpa kebenaran
B suka memberi alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat
C memberi pendapatnya dengan cara yang bersopan
D selalu membangkang pendapat rakan yang lain
21. Kesan kepada masyarakat akibat tidak menghormati hak orang lain ialah
A kejadian buli bertambah
B mangsa penderaan berkurangan
C kaum-kaum yang berlainan fahaman akan bersatu padu
D negara akan sentiasa aman dan harmoni
22. Kawan baik anda kehilangan bapa. Apakah yang akan anda lakukan sebagai seorang rakan?
A Memulaukan rakan anda itu
B Menghantar baju-baju terpakai ke rumahnya
C Meneruskan tugas harian kamu seperti biasa
D Menziarahinya dan mengucapkan takziah serta menenangkannya
23. Sekiranya seorang daripada adik beradik anda mengalami kecacatan sejak lahir, apakah tindakan anda?
I Melayan dan mengasihinya seperti adik beradik yang lain
II Selalu menyebut kecacatan dirinya supaya dia sedar dirinya
III Tidak memandang rendah akan kekurangan dirinya
IV Meminta ibu bapa menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
A I dan III Â Â Â Â Â Â C III dan IV
B II dan IV Â Â Â Â Â Â D I dan IV
24. Sikap toleransi dalam masyarakat penting kerana
A setiap individu berbeza antara satu sama lain
B setiap individu mempunyai peranan masing-masing
C setiap individu mempunyai kelemahan masing-masing
D setiap individu ada hak untuk mengkritik
25. Apakah kebaikan yang didapati dengan menyertai pertubuhan sukarela?
A Dapat mengenali jiran tetangga
B Dapat membantu orang miskin
C Dapat menguji kesabaran diri sendiri
D Dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan ikhlas
26. Seni muzik ghazal dan gamelan merupakan warisan kesenian kaum
A Melayu
B Cina
C India
D Kadazan
27. Pipa, Erh-Hu dan Yangqin adalah contoh
A seni muzik kaum Cina
B alat muzik kaum Cina
C seni tarian kaum Cina
D permainan tradisional kaum Cina
28. Antara yang manakah golongan yang menunjukkan permainan warisan?
A Gasing, bola tampar, congkak
B Bola sepak, bola tampar, bola jaring
C Congkak, sepak takraw, bola sepak
D Batu seremban, konda-kondi, gasing
29. Soalan 29 berdasarkan maklumat di bawah.
Seni muzik ini merupakan muzik istana klasik di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu. Alat-alat yang digunakan ialah serunai, nafiri, gendang besar, gendang kecil dan gong. |
Pilih seni muzik yang sesuai dengan maklumat di atas.
A Nobat
B Ghazal
C Gamelan
D Dondang Sayang
30. Mengapakah kita perlu memelihara warisan kesenian bangsa?
A Mengimbau sejarah lampau
B Mencerminkan identiti rakyat dan negara
C Melambangkan keharmonian hidup masyarakat
D Lambang kekayaan masyarakat zaman silam
Dapatkan Ujian Pertengahan Tahun UPT Sivik Tingkatan 2Â disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format UPT Sivik Tingkatan 2Â ini adalah dalam ‘Words’
Download :Â UPT Sivik Tingkatan 2
Sekian Terima Kasih dan Semoga bermanfaat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum