Sistem Pendidikan Musnah, Beban Tugas Guru Perlu Dikaji

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Sistem Pendidikan Musnah Beban Tugas Guru Perlu di Kaji
Sistem Pendidikan Musnah Beban Tugas Guru Perlu di Kaji

Sistem Pendidikan Musnah, Beban Tugas Guru Perlu Dikaji. Isu beban guru masih belum selesai. Pelbagai keluhan guru telah dibuat namun bebani guru masih lagi tidak selesai. Adakah benar guru dibebani dengan tugas yang banyak? Adakah guru yang malas untuk membuat kerja? Pelbagai persoalan akan timbul mengenai masalah beban guru.

Sebelum ini admin pernah mengupas mengenai beban tugas guru. Kerja lebih masa gaji tetap sama. Tiada tambahan gaji jika kerja lebih masa jika dibandingkan dengan kerja swasta. Ramai guru yang menyuarakan rasa hati mengenai kerja yang melibatkan online. Guru yang berada jauh di pedalaman akan lebih terasa dengan capaian internet yang sangat lembap.

Tugas hakiki guru adalah mengajar. Namun, ramai guru yang menyatakan kerja lain lebih utama sekarang. Guru tiada masa yang cukup untuk merancang pengajaran dan pembelajaran kerana sibuk dengan kerja-kerja luar norma.

Beban Tugas Dikaji

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Malaysia ada menyuarakan untuk mengkaji semula beban tugas guru. Kementerian Pendidikan sedang menganalisis beban tugas guru terutama dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pengisian data dalam talian.

Beliau berkata, tanggungjawab hakiki guru telah ada dalam perkhidmatan pendidikan.
Kerja guru ini selain daripada mengajar dalam bilik darjah, ada lagi  aktiviti lain iaitu sukan, ko-kurikulum, akademik dan kebajikan murid.

Beliau berkata antara perkara yang akan dikaji ialah tugas perkeranian yang ada kaitan dengan memasukkan data melalui sistem dalam talian sama ada guru perlu menghantarnya ke kementerian atau tidak.

“Perkara itu akan dibincang secara lebih terperinci sama ada guru hanya perlu menghantar data-data itu sehingga ke peringkat Pejabat Pendidikan Negeri atau hanya ke Pejabat Pendidikan Daerah dan tidak perlu memanjangkan data itu ke kementerian.

Berita telah dikeluarkan oleh Sinar Online pada 20 September 2016. Adakah masalah ini telah selesai? Namun, dapat dilihat semakin banyak pengisian online yang perlu dibuat oleh pendidik. Tiada pengurangan dalam pengisian data online yang dijanjikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Malahan semua benda perlu isi online.

Yang terkini pendaftaran prasekolah juga perlu diisi online. Memang benar ibu bapa yang perlu isi, namun ibu bapa yang buta teknologi dan komputer sudah pasti tidak dapat mengisinya. Oleh yang demikian, siapa yang perlu isikan? Sudah tentu jawabnya guru yang perlu lengkapkan borang online.

Sistem Pendidikan Musnah

Sistem pendidikan musnah jika guru banyak tugas, Sultan Perak Sultan Nazrin bertitah sekiranya pendidik dibebani dengan tugas-tugas lain sehingga menyebabkan tugas hakiki mereka terabai boleh menyebabkan sistem pendidikan negara musnah.

Terima kasih Tuanku Sultan Perak yang memahami peranan dan tanggungjawab seorang guru. Selama ini, ramai pendidik mengetengahkan isu bebanan guru ini. Apa yang diharapkan adalah kerja-kerja pengkeranian dapat dikurangkan agar mereka dapat fokus kepada kerja hakiki.

Keratan Akhbar

Harapan

Diharapkan masalah beban tugas ini dapat diselesaikan dengan segera. Mereka bukan mahu mengungkit namun mereka mahu lebihkan masa untuk jalankan tugas hakiki. Tugas mengajar yang lebih penting daripada sibuk melakukan kerja pengkeranian. Seperti doktor tugas hakiki mereka adalah menyelamatkan nyawa pesakit dan bukannya mendaftarkan pesakit.

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membantu pendidik dalam menghasilkan pelapis negara. Generasi akan datang yang akan menggerakkan sistem negara. Pendidik akan menjalankan tugas hakiki dengan lebih baik jika kerja luar tidak terlalu banyak.

Akhir kata, semua pendidik teruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa. Jangan kita mencari alasan tetapi bersama-sama dalam mencari jalan penyelesaian. Jadilah “Guru Pembina Negara Bangsa” selaras dengan tema hari guru pada tahun ini.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook