Sijil Sakit Palsu Membawa Padah

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
MC TIPU Cikgu Kena Tangkap
MC TIPU Cikgu Kena Tangkap

Sijil Sakit Palsu Membawa Padah kepada kerani dan seorang guru di sebuah sekolah di Shah Alam. Mereka di dakwa di mahkamah majestrit kerana telah menipu guru besar dengan memberikan sijil sakit palsu.

Kedua-dua tertuduh berkenaan ialah Zainuddin Deraman, 40, merupakan seorang guru manakala Saiful Rizal Mohd. Haris, 27, merupakan seorang kerani. Mereka ialah kakita­ngan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) di sini. Mereka didakwa secara berasingan dengan Zainuddin didakwa di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohkta­ruddin manakala Saiful Rizal di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara berasingan ke atas mereka. Zainuddin dan Saiful Rizal didakwa menipu guru besar SK Subang Bestari (2), Sapiah Jaffar, sehingga wanita berkenaan percaya bahawa dua sijil cuti sakit palsu yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh kepadanya adalah tulen.

Rezeki Halal

Daripada kes penipuan sijil sakit ini dapat disimpulkan bahawa guru ini mungkin terdesak untuk bercuti. Namun yang demikian, sebagai seorang guru kita perlu tahu baik buruk sesuatu tindakan yang dilakukan. Jangan kerana tindakan tidak amsuk akal itu, kerjaya kita sebagai seorang guru tercalar.

Sebagai seorang guru, kita mempunyai akal yang panjang dan dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk bercuti. Mengambil jalan pintas bukan satu tindakan yang betul. Kesalahan tetap kesalahan dan perlu diberikan hukuman.

Namun yang demikian, kita yang tidak berada ditempat guru itu tidak mengetahui hal yang sebenar. Kisah ini boleh dijadikan ikhtibar kepada guru-guru diluar sana aga tidak mengambil jalan mudah untuk bercuti. Lebih elok jika perkara ini dibawa berbincang bersama ketua jabatan masing-masing.

Guru perlu tahu bahawa dengan menipu seperti ini adakah rezeki yang kita perolehi itu halal? Rezeki ini perlu diberikan kepada seluruh ahli keluarga kita. Keberkatan dalam mencari rezeki perlu bagi memastikan hidup kita dalam redhaNya.

Guru Besar Perlu Bertimbang Rasa

Terdapat juga faktor guru terpaksa menipu disebabkan oleh guru besar atau pengetua yang tidak ada perasaan timbang rasa kerana terlalu cerewet untuk memberi cuti walaupun mengetahui bahawa guru dibawah jagaannya memang perlukan cuti.

Ketua jabatan yang baik adalah mereka yang mengambil berat mengenai kebajikan pekerjanya bukan hanya tahu mengarah untuk membuat kerja sahaja. Guru-guru juga akan menjadi stress sekiranya mereka sentiasa ditekan dengan kerja yang terlalu banyak.

Apabila berlaku kes seperti ini, baru mereka rasa diri mereka ditipu. Oleh yang demikian, ketua jabatan perlu kadang kala memahami masalah yang dihadapi oleh pekerjanya. Wujudkan suasana kerja yang lebih tenang dan seronok.

Akhir kata, SGO sentiasa mendoakan agar guru-guru diluar sana akan bekerja dengan seikhlasnya dalam mendidik anak bangsa. SGO juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa menyokong kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>