Semangat Guru Hingga Ke Akhir Hayat

Perginya Seorang Guru
Perginya Seorang Guru

Semangat Guru Hingga Ke Akhir Hayat. Begitu mulia tugas seorang guru sehinggakan kesihatan sendiri tidak menjadi keutamaan demi untuk memastikan sambutan hari guru dapat dijalankan dengan meriah. Guru sanggup teruskan perancangan untuk membuat persembahan bersama murid walaupun sakit pada ketika itu.

Masyarakat di luar sana perlu mengargai jasa guru jangan hanya pandai menghina tugas guru. Ramai diluar sana memikirkan menjadi seorang guru sangat miudah. Namun hanya insan yang bergelar guru sahaja tahu perit getir yang harus dilalui.

Guru bukan minta untuk disanjung tetapi hanya memberi sedikit pengargaan dan penghormatan. Jika kita lihat status guru kini tidak lagi seperti dahulu. Masyarakat zaman dahulu sangat menghormati guru. Mereka sedar bahawa guru telah korbankan masa demi mengajar anak-anak mereka.

Walaupun guru dibayar namun sekiranya mereka tidak ikhlas mengajar, ilmu yang disampaikan tidak akan berkat. Oleh yang demikian, guru sedaya upaya akan memastikan anak didik mereka berjaya walaupun terpaksa berkorban wang dan masa. Inilah hakikat menjadi seorang guru.

Sambutan Hari Guru (gambar hiasan)

GURU MENINGGAL DUNIA KETIKA MEMBUAT PERSEMBAHAN

Peristiwa ini berlaku di salah sebuah sekolah di Kelantan dimana guru rebah ketika membuat persembahan bersama anak murid mereka. Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat, beliau masih gagakan diri bersama murid-murid dalam membuat persembahan.

Rakan sekerja beliau telah mengarahkan beliau untuk berehat, namun cikgu ini tetap mahu meneruskan persembahan ini. Cikgu ini mungkin tidak mahu mengecewakan murid-mridnya yang sudah siap sedia untuk membuat persembahan. Inilah semangat guru yang harus dipuji. Murid-murid menjadi keutamaan daripada diri sendiri.

Inilah yang dikatakan sifat seorang ibu kepada anak muridnya. Guru telah menganggap murid mereka sebagai anak sendiri. Perasaan inilah yang membuatkan perasaan tanggungjawab untuk mendidik mereka akan menjadi lebih tinggi seperti mendidik anak sendiri.

Oleh yang demikian, masyarakat diluar sana jangan hanya mengkeji kerja guru. Jangan kerana nilai setitik rosak sudu sebelanga. Sedangkan ramai lagi guru yang hebat sedang menjalankan tugas untuk melahirkan generasi yang hebat.

BERITA METRO GURU MENINGGAL DUNIA KETIKA HARI GURU

GURU wanita meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas, hari ini. Dalam kejadian 12 tengah hari, mangsa, Naizura Mohamed, 42, dikatakan menyertai persembahan pentas bersama murid sekolah dan rebah.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum disahkan meninggal dunia.Guru Besar sekolah berkenaan, Zulhadi Mahamad berkata, persembahan pentas yang disertai mangsa adalah persembahan penutup majlis sambutan hari guru.

“Sebelum acara bermula mangsa kelihatan letih dan rakan guru memberi nasihat kepadanya supaya berehat di bilik guru atau pulang ke rumah.

“Namun, selepas makan tengah hari, dia meneruskan persembahan penutup bersama murid kelasnya sebelum rebah dan rakan guru memberi bantuan penafasan (CPR),” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat. Mangsa mengajar Bahasa Melayu dan berkhidmat di sekolah itu sejak 2005.

Kesimpulan

Kepada semua guru sekiranya tidak sihat ambil cuti untuk berehat. Ramai lagi guru yang dapat membantu kita untuk melaksanakapn tugas. Jangan kita terlalu memikirkan kerja sehingga kesihatan sendiri tidak dipeduli.

Bagi masyarakat di luar sana berhenti mengkeji guru. Ibu bapa perlu sentiasa menyokong guru dalam apa jua keadaan. Anak-anak tanggungjawab ibu bapa dan bukannya tanggungjawab guru sepenuhnya.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi menyokong kami. SGO juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook