Sambutan Hari Guru 16 Mei 2017

selamat hari guru
Selamat Hari Guru dari Kami warga guru semua.

Kertas Kerja Sambutan Hari Guru Tahun 2017

Sebelum hari guru dilaksanakan, guru-guru perlu merancang terlebih dahulu dengan membuat cadangan kertas kerja. Kertas kerja ini penting bagi memberi gambaran aktiviti yang mahu dijalankan pada hari guru.

Sambutan hari guru juga akan lebih teratur dan akan berjalan dengan lebih lancar. Hal ini kerana segala aktiviti telah dirancang dan masa juga turut dirancang. Kertas kerja ini perlu dibentangkan kepada semua guru dan mendapat persetujuan darupada guru besar.

Dibawah SGO ada menyediakan dua contoh kertas kerja sambutan hari guru peringkat sekolah yang boleh diedit mengikut kesesuaian majlis yang hendak dilaksanakan. Contoh kertas kerja ini dapat membantu guru menjana idea dalam merancang aktiviti di hari guru.

Tema Hari Guru Tahun 2017

Pada tahun ini sekali lagi tema hari guru ialah “Guru Pembina Negara Bangsa” yang pernah digunakan pada tahun 2016, 2009 dan 2010. Dibawah merupakan huraian tema yang dipilih.

Huraian Tema

Perutusan Hari Guru 2017

InsyaAllah jika berkesempatan dan sudah mendapat teks ucapan tersebut akan pihak SGO usahakan upload disini bagi memudahkan para guru mendownloadnya.

1. Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia

Download disini :

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID [ MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA ]

2. Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Download disini :

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Ikrar Hari Guru

Setiap tahun guru perlu membaca ikrar ketika sambutan hari guru. Guru perlu berjanji di hadapan murid-murid dan ibu bapa untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Ikrar ini perlu diketuai oleh seorang guru atau di ketuai oleh ketua jabatan. Di bwah merupakan teks lafaz ikrar hari guru.

Ikrar Hari Guru

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Senarai Lagu-lagu Hari Guru

Terdapat beberapa lagu yang wajid dinyanyikan semasa majlis sambutan hari guru. Guru-guru perlu sediakan lagu bagi memastikan nyanyian dapat dinyanyikan dengan lebih semangat.

Senarai Cadangan Hadiah Sempena Hari Guru

Baiklah sebelum ini admin pernah berkongsi di dalam post Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru. Jadi kali ini admin nak kongsikan hadiah untuk guru-guru pula. Mesti ramai cikgu yang kreatif yang suka DIY bukan? Jadi, bagi guru dan ibubapa yang ingin siapkan hadiah untuk guru bagi anak masing-masing jom kita cuba DIY yang akan admin kongsikani ini.

Serius cantik betul tak?

Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah
Contoh Hadiah Hari Guru
Contoh Hadiah

Gambar ini semua admin perolehi dari Group Facebook Tcher Collection yang dikongsikan oleh Cikgu Asmaliza Fifie Ahshari. Terima kasih atas idea ini. Memang nampak ringkas dan cantik sekali.

Buku Program dan Tentatif Majlis Sambutan Hari Guru

Buku Program dan Tentatif Majlis Sambutan Hari Guru
Buku Program dan Tentatif Majlis Sambutan Peringkat Sekolah

Baiklah untuk Brochure Hari Guru ini admin dapat dari seorang guru yang hebat yang kongsikan di dalam facebook juga. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Redzwan Mohd Zakaria kerana telah berkongsi Brochure Hari Guru (TRIFOLD) yang menarik ini.

Boleh juga join group Facebook Galeri Cikgu Sarah kerana disana adalah dimana  Encik Mohd Redzwan kongsikan bahannya ini.

Buku Program dan Tentatif Majlis Sambutan Hari Guru 2
Buku Program dan Tentatif Majlis Sambutan Peringkat Sekolah

Sekali lagi terima kasih kepada yang sudi berkongsi. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh ganjaran pahala insyaAllah.

Teks Atucara Majlis Sambutan Hari Guru

Bagi guru yang ditugaskan sebagai pengerusi majlis bagi majlis sambutan hari guru ini pasti mencari-cari teks pengacara majlis. Teks ini SGO telah ambil daripada blog cuit-cuit bahasa dan blog cikguaina1234. Kami telah pindahkan ke dalam bentuk word dan guru-guru boleh download dengan mudah.

Contok teks pengacara majlis ini adalah sebagai panduan kepada semua guru untuk mendapat gambaran cara majlis sambutan hari guru dijalankan. Guru boleh edit mengikut kesesuaian majlis sambutan hari guru yang telah dirancang di sekolah.

Bacaan Doa Majlis Sambutan Hari Guru

Setiap majlis rasmi di sekolah, bacaan doa perlu dimasukkan dalam tentatif. Disini SGO akan kongsikan teks bacaan doa kepada guru yang memerlukan dan ditugaskan membaca doa semasa sambutan majlis hari guru.

Bagi ustaz mungkin tidak menjadi masalah kerana memang bacaan doa merupakan bidang mereka. Guru-guru biasa yang perlukan panduan untuk membaca doa ketika majlis. Oleh yang demikan, guru boleh download doa sambutan majlis hari guru di bawah.

Senarai Aktiviti dan Persembahan Menarik

Setiap kali sambutah hari guru pasti persembahan-persembahan daripada murid dan guru akan dibuat. Pelbagai jenis persembahan yang boleh dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru. Disini SGO mahu kongsikan 14 persembahan menarik yang boleh dibuat untuk persembahan hari guru. Terima kasih kepada blog Cikgu Hailmi yang telah kongsikan aktiviti persembahan menarik ini.

Selain daripada persembahan, kebiasaanya hari guru juga dimeriahkan dengan acara sukaneka hari guru khas untuk meraikan semua guru. Di sekolah rendah Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang akan merancang aktiviti sukaneka ini manakala bagi sekolah menengah pelajar-pelajar sendiri akan merancang aktiviti sukaneka kepada guru mereka. Cadangan aktiviti sukaneka ini SGO dapatkan daripada perkongsian Cikgu Share.

Aktiviti Indoor

1. Tarian Tradisional
Acara tarian memang tak dapat nak dielakkan sebagai antara persembahan yang paling familiar semasa sambutan Hari Guru. Kita ada pelbagai tarian tradisional dan jangan hadkan kepada tarian tradisional Melayu sahaja seperti Joget, Zapin dan Inang. Boleh cuba cari kelainan dengan tarian tradisional daripada masyarakat India, Cina dan juga daripada Borneo, seperti Iban (Ngajat) dan Kadazandusun (Sumazau).

2. Tarian Moden
Oleh sebab arus kemodenan yang melanda anak muda kita, maka tarian moden seperti Hip Hop, K-Pop, Breakdance dan macam-macam lagi boleh juga dijadikan sebagai persembahan menarik semasa Hari Guru. Tidak ada masalah yang besar berkaitan dengan tarian ini, selagi tingkah laku nya adalah tidak keterlaluan dan masih dalam keadaan sopan dan mengikut nilai dan adab ketimuran.

3. Drama Pementasan
Drama sebegini juga memang antara persembahan yang menarik dan best untuk ditonton semasa sambutan Hari Guru. Lebih menarik jika drama yang dipentaskan adalah mempunyai unsur-unsur tema yang berkaitan dengan pengorbanan guru. Daripada pengalaman saya, adalah sangat mudah nak hasilkan drama yang membolehkan orang ketawa berbanding nak hasilkan drama yang buat orang menangis. So cikgu-cikgu boleh ambil cabaran.. 😉

4. Drama Video
Persembahan ini adalah konsep baru dan segar. Lebih dekat dengan pelajar sebab majoritinya sukakan suatu persembahan baru. Malah ‘pelakon-pelakon yang mereka kenali’ juga boleh membuatkan drama video tersebut akan lebih dinanti-nanti oleh pelajar lain. Cikgu-cikgu juga boleh upload dalam Youtube atau jual dalam bentuk DVD sebagai kenang-kenangan sambutan Hari Guru. Namun pastikan cerita dan kualiti video nya juga agak berbaloi untuk dinikmati. Ada kenangan..

5. Puisi
Aktiviti berpuisi juga boleh memberikan persembahan yang menarik sempena sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Apatah lagi jika puisi yang puitis penuh bermakna itu dilantunkan oleh mereka-mereka yang memang ahli dalam bidangnya. Tentu ada yang akan menangis. Bagi menampilkan kelainan dan menambahkan lagi kesyahduan puisi tersebut, tambahkan muzik latar instrumental yang sedih dan menusuk kalbu. Muzik latar yang dicadangkan adalah muzik latar daripada kumpulan peniup seruling, Mohram.

6. Puisi dan Lagu
Persembahan Puisi dan Lagu ada sedikit kelainan berbanding persembahan puisi. Persembahan ini menggunakan puisi tersebut sebagai lagu yang akan didendangkan. Pemuisi akan membacakan puisi dan seterusnya puisi tadi akan dilagukan dengan diiringi oleh muzik latar. Muzik latar boleh diiringi oleh ahli muzik sekolah dengan bantuan beberapa alat muzik seperti gitar dan drum.

7. Nyanyian
Acara nyanyian juga merupakan acara yang selalu menjadi keutamaan semasa sambutan Hari Guru. Ini kerana tak susah caranya. Dapatkan pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Beri lagu yang menarik untuk dinyanyikan. Cari Minus one dan kemudian suruh pelajar terbabit menyanyi pada hari sambutan peringkat sekolah. Selain daripada nyanyian solo, boleh juga dibuat nyanyian duet dan berkumpulan.

8. Nasyid
Persembahan nasyid juga agak menarik untuk dijalankan semasa sambutan Hari Guru, terutamanya bagi sekolah agama. Ini juga adalah persembahan yang disarankan kepada sekolah dengan pengetua yang lebih Islamik. Mesti beliau tersenyum gembira dengan nyanyian nasyid yang hebat daripada anak murid. Ada unsur sederhana, namun jika pilihan nasyid dan persembahan yang diadakan adalah menarik, ini juga boleh memberikan hiburan yang tidak melalaikan kepada warga sekolah.

9. Live Band
Persembahan Live Band memang mempunyai aura yang tersendiri jika dapat diadakan semasa Hari Guru. Bukan senang nak mencari pelajar yang pandai bermain alat muzik, lengkap satu kumpulan sekali dengan penyanyi yang handal. Namun jika sekolah anda ada kumpulan seperti ini, maka jangan was-was untuk menggunakan khidmat mereka untuk persembahan Hari Guru. Pasti tak rugi!

10. Persembahan Alat Muzik
Jika anda mahukan sedikit kelainan semasa sambutan Hari Guru, anda boleh juga mengadakan persembahan alat muzik. Banyak alat muzik dengan muzik yang tersendiri boleh memberikan efek keterujaan semasa Hari Guru. Selitkan juga alatan tradisional seperti gamelan, angklung dalam persembahan anda sebagai kelainan atau pun alatan lain yang jarang digunakan oleh pelajar seperti ukulele. Nak lagi menarik, dapatkan alat muzik dari Sarawak seperti betaboh dan dari Sabah seperti Sompoton.

11. Flash Mob
Persembahan ini juga agak menarik! Flash mob adalah persembahan jalanan yang tiba-tiba berlaku di lokasi tertentu tanpa ada rancangan yang diketahui orang yang tidak terlibat. Cikgu boleh rancang secara rahsia dengan sekumpulan pelajar yang akan terlibat dan jalankan semasa berlangsungnya sambutan Hari Guru. Kelihatan seperti spontan, tetapi penuh dengan perancangan. Boleh diadakan dalam bentuk tarian atau pun drama atau pun arca bisu.

12. Choral Speaking
Choral speaking pula adalah persembahan yang juga mampu memukau penonton jika dilakukan dengan baik. Pastikan bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami oleh pelajar yang menjadi penonton. Barulah mereka dapat sama-sama untuk memahami dan menjiwai skrip tersebut. Aksi-aksi lucu semasa persembahan choral speaking juga boleh menarik perhatian penonton. Maka pelbagaikan.

13. Bicara Berirama
Bicara berirama adalah choral speaking dalam Bahasa Melayu. Konsepnya sama seperti choral speaking, cuma hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai persembahan. Seperti juga choral speaking, aksi persembahan Bicara Berirama perlu lah mampu untuk menarik perhatian penonton. Pastikan mesej yang disampaikan jelas dan dapat memberi nilai-nilai yang baik kepada pelajar lain.

14. Koir
Persembahan koir ini boleh diadakan jika anda mahukan kelainan. Pastikan pemilihan lagu yang sesuai dan mudah untuk dinyanyikan pelajar jika masa tidak mengizinkan. Banyak lagu bertemakan Hari Guru boleh dinyanyikan. Jika mendapat latihan yang cukup, pasti persembahan mereka adalah sangat mengkagumkan.

Aktiviti Outdoor

a. Kepala Botol

1. Setiap ahli pasukan akan membawa botol mineral dengan meletakkan di atas kepala mengelilingi kon.
2. Pasukan yang cepat dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Botol air mineral besar dan kon

b. Lontaran Kasih

1. Setiap pasukan akan dibekalkan satu belon yang berisi air.
2. Belon akan dilontar mengikut jarak yang ditetapkan.
3. Pasukan yang berjaya melontar dan menyambut belon dengan jarak yang paling jauh dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon

c. Bowling Klasik

1. Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disusun.
2. Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.           Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar

d. Pijak

1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan kaki.
2. Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tiga minit.
3. Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah

e. Hole in One

1.Setiap ahli kumpulan akan diberi 10 biji ping pong.
2.Peserta perlu melontar dengan melantunkan bola pingpong ke dalam baldi/cawan dalam masa 3 minit.
3.Pasukan yang berjaya memasukkan bola pingpong terbanyak dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Bola Ping Pong dan Cawan/Baldi Kecil

f. Cari Getah Dalam Tepung

1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung, Gelang getah, Air

g. Straw Di Mulut

1. Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu.
2. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di mulut masing-masing.
3. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. 4. Kemudian ahli kedua pula pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta terakhir.
5. Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator dengan menggunakan straw.
6. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit.
7. Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan getah yang paling banyak.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Straw, Pinggan, Gelang getah, Tali Ikat Tangan

h. Kembarku

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
2. Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.
3. Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.
4. Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.
5. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
Peralatan: Stop watch, Wisel, Tali Ikat Kaki

i. Musang Berjanggut

1. Peserta seramai 5 orang
2. Dibekalkan dengan sekeping surat khabar, 4 keping kertas A4, sekeping pinggan kertas dan seuncang kekacang.
3. Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang mengikut jenisnya.
4. Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan yang dibekalkan.
5. Bahan yang diberi tidak boleh bercampur setelah dihantar. Jika bercampur dikira kalah.
6. Kumpulan yang paling cepat dan bahannya tidak bercampur dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Surat Khabar, Kertas A4, Pinggan Kertas dan uncang kekacang

Banyak lagi aktiviti sukaneka yang boleh dibuat semasa sambutan hari guru. Guru-guru boleh lakukan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti yang dicadangkan di atas boleh diinovasikan mengikut kesesuaian.

Kad Hari Guru Berwarna-warni

Alhamdulillah untuk kad hari guru sebenarnya sudah pernah dikongsikan sebelum ini. Antara yang paling cantik dan menarik bagi admin ialah yang dibawah ini.

contoh kreatif kad ucapan hari guru 2017
contoh kreatif kad ucapan 2017

Ini adalah pilihan admin. Sebenarnya banyak lagi kad-kad hari guru yang cantik, kreatif dan berwarna-warni. Untuk lihat kad hari guru yang lain, cikgu-cikgu boleh lihat di post berikut.

Poster Mewarna Hari Guru Yang Cantik

Perayaan Hari Guru biasanya dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid juga. Terutamanya sebelum Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan diantara program yang paling disukai oleh semua murid ialah program mewarna. Oleh sebab itu, admin usaha mencari sumber-sumber poster yang menarik untuk tahun ini khas istimewa sempena hari guru.

Poster Mewarna Selamat Hari Guru 2017
Poster Mewarna  2017

Cantik bukan? Alhamdulillah ribuan terima kasih kepada Cikgu Zarini Junita Jamaludin yang kongsikan poster ini di dalam group facebook TC Tcher Collection. Memang bagi admin ianya sangat cantik dan yang penting poster “fresh” Tahun 2017. Sekali lagi, buat cikgu Zarini, poster ini memang cantik. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami.

Baiklah, untuk kelainan pula cikgu-cikgu boleh dapatkan juga poster mewarna di bawah yang mungkin sudah diperoleh tahun-tahun sudah. Namun ianya tetap masih boleh digunakan. Admin cari di google sahaja ini. Di harap ianya membantu.

Poster Hari Guru
Poster Mewarna 1
Poster Hari Guru
Poster Mewarna 2
Poster Hari Guru
Poster Mewarna 3

Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-46

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Johor. “Guru Pembina Negara Bangsa” menjadi tema Hari Guru 2017, selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan. Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-46
Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-46

Cikgu-cikgu macam mana? Jangan lupa kongsikan gambar dan pengalaman cikgu. Bagi cikgu yang ingin berkongsi artikel kisah sambutan hari guru di sekolah masing-masing atau apa sahaja boleh hantarkan artikel anda di “Hantar Artikel untuk di Terbitkan di SGO“.