Bahaya Ancaman Serangan Siber Ransomware Wannacry.

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
Bahaya Ancaman Serangan Siber Ransomware Wannacry.
Bahaya Ancaman Serangan Siber Ransomware Wannacry.

Bahaya Ancaman Serangan Siber Ransomware Wannacry. Amaran ini merupakan amaran rasmi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara

Amaran ini amatlah penting kerana ianya diwar-warkan pada peringkat global bukan sahaja di Malaysia namun juga di beberapa negara lain.

Amaran Ancaman Ransomware Wannacry

Ancaman ini merupakan perisian siber komputer yang merbahaya dan sedang berlaku berleluasa di seluruh dunia.

Perisian Ransomware ini dikenali sebagai ‘WannaCry’.

Ransomware merupakan sejenis perisian merbahaya yang menyekat akses kepada data dalam komputer yang dijangkitinya menggunakan kaedah encryption

Apabila sudah dijangkiti anda akan diugut dengan wang tebusan sebagai syarat untuk membenarkan akses semula kepada data tersebut.

Ugutan WannaCry

Sejumlah 300 hingga 600 USD wang tebusan dalam bentuk Bitcoin telah dituntut daripada pihak yang dijangkiti perisian merbahaya ini.

USD 300 – 600 adalah sebanyak RM 1150 – RM 2700.

Sehingga kini, lebih 100 buah negara telah dijangkiti perisian Ransomware WannaCry ini antaranya Sektor Kerajaan Russia, National Health service (NHS) kurier FedEx di UK, Telefonica di Sepanyol, Renault di Perancis, dan University of Milano Bicocca di Itali.

Buat masa ini masih tiada jangkitan ataupun insiden telah dikesan di Malaysia. Namun kini masih di dalam fasa berjaga-jaga.

Oleh itu, pihak MKN telah mengeluarkan satu nasihat yang turut mengandungi langkah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan bagi setiap agensi bagi melindungi sistem masing masing.

Interaktif Infection Virus Ransomware WannaCry

“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.

sumber : https://wiser.my/

Langkah langkah yang lain

  1. Buang sambungan kabel LAN dan matikan Wi-Fi komputer

2. Update Windows dengan memasang patch MS17-010 yang dapat diperoleh di tautan berikut. Pengguna Windows XP disarankan agar mengganti sistem operasi ke versi yang lebih baru karena OS lama ini sudah tidak dapat menyokong patch keselamatan dari Microsoft.

3. Nyahaktif fungsi Makro

4. Nyahaktifkan fungsi SMB v1.

5. Blok port 139/445 dan 3389 dari network anda.

6. Perbaharui anti virus anda serta anti-ransomware.

7. Kerap kali backup file yang penting di komputer dan juga menyimpannya di tempat lain.

Amaran dan Nasihat oleh MKN

 

Semoga anda lebih berhati hati dan berjaga jaga daripada ancaman virus yang tidak dikehendaki ini.

Jangan lupa layari posting kami : Pelbagai Sambutan Hari Guru 2017

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistemguruonline