Pesanan Buku Teks (eSPBT)

skim-pinjaman-buku-teks
skim-pinjaman-buku-teks

Pesanan Buku Teks (espbt) telah dijalankan secara atas talian. Guru SPBT perlu memesan buku teks dengan mengisi borang di laman web espbt. Guru-guru perlu mengetahui cara yang betul dalam mengisi borang di atas talian.

Skim Pinjaman Buku Teks

Pengenalan

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

Matlamat

Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.

Objektif

  1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

eSPBT

Pengenalan

  • Sistem Pengurusan Buku Teks ini adalah hasil migrasi dari sistem client-server BTBT Online.
  • Pembangunan sistem terbahagi kepada dua Fasa:
    – Fasa Pesanan
    – Fasa Pemprosesan Pesanan (Pasca Pesanan)

Pelayar

  • Menggunakan pelayar MOZILLA FIREFOX
  • Sila gunakan pelayar selain daripada Internet Explorer untuk mengelakkan sebarang masalah/gangguan semasa menggunakan sistem ini
  • Alamat capaian : http://apps.moe.gov.my/espbt/
1
Muka Utama Sistem

Fasa Pesanan

Mengandungi:

Modul Sekolah : Pengisian pesanan buku teks oleh pihak sekolah
Modul Pengetua/Guru Besar : Pengesahan maklumat yang dimasukkan oleh Penyelaras SPBT sekolah di bawah seliaan
Modul PPD: Semakan dan pemantauan sekolah-sekolah di bawah seliaan
Modul JPN: Semakan, pemantauan dan pembayaran pesanan buku teks di bawah seliaan

Modul Sekolah

Disini admin ingin memberi tumpuan kepada modul sekolah yang melibatkan guru-guru. Guru-guru boleh jadikan ini sebagai panduan untuk mengisi eSPBT.

  • Pengguna sistem adalah Guru Penyelaras SPBT.
  • Peranan dalam sistem eSPBT ialah :
    a)Mengisi enrolmen murid berdasarkan Borang Unjuran Enrolmen Murid
    b)Membuat pesanan dan pengemaskinian stok buku teks yang akan dipesan dan stok yang berada di sekolah masing-masing.

Langkah-langkah

  1. Masuk ke dalam sistem dan kemaskini profil
  • Sejurus log masuk ke sistem pastikan pengguna berada di paparan tempat bertugas anda. Semak Nama Pengguna/Sekolah.

    2
    Log Masuk
  • Klik Profil, kemaskini Profil Diri. Masukkan Nama Guru SPBT, nombor telefon bimbit, nombor telefon pejabat dan emel yang boleh dihubungi. 4

    3
    Kemaskini Profil

2. Pengesahan Enrolmen

Pengguna perlu mengemaskini/mengesahkan Enrolmen iaitu data enrolmen murid tahun semasa dan unjuran tahun hadapan. Sekolah hanya dibenarkan untuk membuat pesanan buku teks setelah data enrolmen DISAHKAN oleh Pengetua/Guru Besar sekolah di bawah seliaan.

 

5
Kemaskini Enrolmen
6
Kemaskini Enrolmen
  • Sekiranya ada perubahan pada data enrolmen, perlu memilih sebab perubahan kenapa tidak setuju dengan data APDM.
7
Kemaskini data
  • Sekiranya enrolmen murid sudah dikemaskini, guru boleh simpan data.
8
Sahkan data
  • Guru perlu menyemak terlebih dahulu sebelum mengesahkan data. Selepas sah data maklumat tidak boleh diubah lagi.
9
Sah data
  • Sekiranya terdapat murid khas guru boleh membuat semakan dengan menukan butang Enrolmen Bagi Murid Khas
10
Semakan Murid Khas

Proses Pesanan

  • Persediaan awal yang perlu diambil sebelum mengisi data pesanan buku teks ialah:
    a)maklumat terkini stok buku teks yang berada di sekolah masing-masing
    b)Maklumat mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah masing-masing untuk tahun hadapan.
  • Muat turun maklumat pesanan yang disediakan oleh sistem dalam bentuk excel.
  • Proses pesanan hanya boleh dilakukan SELEPAS ENROLMEN MURID telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Selepas sesuatu pesanan yang dibuat telah disahkan oleh Guru Penyelaras SPBT, pengemaskinian pesanan tidak boleh dilakukan sehingga dibenarkan oleh Pengetua/Guru Besar.11

Fungsi Muat Turun

12
Fungsi Muat Turun
13
Muat Turun

Semakan Ralat

14
Semakan Ralat
  • Terdapat banyak pilihan ralat yang boleh dibuat.
    15
    Pilihan Semakan Ralat

    Pengesahan Pesanan

    16
    Pengesahan Pesanan
17
Pengesahan Pesanan
  • Pastikan DATA ENROLMEN MURID dan PESANAN sekolah anda telah DISEMAK dan TEPAT sebelum membuat sebarang pengesahan.
  • PENGESAHAN PESANAN hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.

Dapatkan Maklumat SPBT


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Pembaca boleh muat turun untuk maklumat yang lebih lanjut.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Pesanan Buku Teks

eSPBT

 

Ringkasan Prosedur Pesanan

18

19
Ringkasan Prosedur Pesanan

Diharapkan bahan yang dikongsikan ini dapat membantu guru penyelaras SPBT dalam memesan buku teks sekolah. Sekiranya ada bahan yang lebih lengkap boleh kongsikan kepada kami.

Akhir kata kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa menyokong kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum