
Permohonan Guru Kemas 2017. Sesiapa berminat untuk menjadi guru Kemas bolehmemohon sekarang. Pemohon perlu mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat.
Pengenalan Guru Tabika Kemas

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

Permohonan Guru KEMAS
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti dibawah:
- Nama Majikan: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Lokasi Kekosongan: Seluruh Negeri
- Tarikh Tutup : 25 Mei 2017
Tawaran terbuka kepada seluruh rakyat Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti kursus ini seperti maklumat berikut:
- Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) Tahun 2017
- Tempat: Institut/ Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh: Tiga (3) atau enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh jabatan.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan
- Diploma berkaitan

Bagaimana Memohon Guru Kemas 2017
Permohonan hendaklah menggunakan Borang KEMAS SPAK Pin.2017 yang boleh dimuat turun melalui pautan dibawah:
Pastikan anda mengisi maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan dan kemukakan permohonan tersebut ke Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Negeri masing-masing.
Pastikan borang yang diisi dimuat turun daripada portal KEMAS atau klik pautan diatas. Sila sebarkan supaya orang yang berkelayakan dapat memohon.
Jangan lepaskan peluang ini kepada warganegara yang berkelayakan yang masih belum mempunyai kerja. Buat pengetahuan semua, KEMAS adalah di bawah kerajaan. Oleh yang demikian sesiapa yang memohon kerja ini akan mendapat keistimewaan sebagai pekerja kerajaan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook