Penghargaan Kerja Kursus

penghargaan kerja kursus
penghargaan kerja kursus

Penghargaan kerja kursus adalah salah satu kandungan yang perlu ada dalam membuat kerja kursus. Kerja kursus merupakan kerja yang perlu dibuat oleh pelajar berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau guru diperingkat sekolah.

Ianya penting bagi penulis menyuarakan rasa terima kasih mereka kepada sesiapa yang membantu samada secara langsung ataupun tidak langsung. Ucapan ini diberikan kerana atas pertolongan mereka dalam memberi maklumat dalam menyiapakan tugasan.

Penghargaan perlu dibuat dan diletakkan di dalam kerja kursus. ianya perlulah ditulis dengan kemas dan benar. Pelajar tidak boleh mereka orang yang telah membantu menyiapkan tugasan. Sifat ikhlas perlu ada dalam diri pelajar.

Kebiasaan ianya akan menjadi tajuk pertama dalam kerja kursus. Ini menunjukkan penghargaan perlu diberikan kepada sesiapa yang telah membantu. Guru juga akan membaca kerja kursus itu juga akan mengetahui sumber maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

Dapatkan Contoh Penghargaan


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘word’

Download : 

Contoh

Diharapkan bahan ini dapat membantu guru memberi contoh kepada pelajar mereka cara menulis penghargaan. Penulisan penghargaan tidak mempunyai format wajib. Pelajar boleh menulis mengikut isi hati mereka tetapi haruslah menggunakan Bahasa Melayu Standard.

Jumlah perkataan juga tidak ada jumlah yang wajib ditulis. Ianya boleh ditulis secara ringkas asalkan maklumat yang hendak disampaikan jelas dan terang. Ianya juga tidak perlu ditulis panjang melebihi tugasan cukup satu atau dua muka surat untuk kita luahkan rasa terima kasih.

Di sekolah rendah mungkin kurang murid membuat kerja kursus. Matapelajaran Sejarah di sekolah rendah ada terdapat tugasan kerja kursus. Di sekolah menengah kerja kursus ini merupakan markah tambahan untuk peperiksaan sebenar. Begitu juga diperingkat Universiti.

Akhir kata, SGO ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam bersama-sama meningkatkan sistem pendidikan Malaysia. Sekiranya guru-guru mempunyai bahan untuk disebarkan boleh berhubung dengan pihak kami.

Dapatkan cara membuat sijil penghargaan di SINI.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum