
Assalamualaikum semua guru-guru.
Hari ini kita sembang santai sahaja. Memandangkan cikgu-cikgu semua sibuk berkemas nak balik kampung atau ada yang sudah bergerak atau ada yang sudah sampai ke kampung halaman. Maka sebelum sembang santai ini admin nak mengucapkan selamat bercuti, selamat menyambut Ramadhan dan kesempatan ini juga admin nak minta maaf kepada semua.
Baiklah dalam kesibukan para guru di seluruh Malaysia menanda kertas peperiksaan, admin tiba-tiba teringat pelbagai kaedah lama yang sebenarnya masih digunakan oleh para guru untuk menanda kertas objektif. Jom kita lihat apa kaedah-kaedah yang admin gelarkan sebagai kaedah “old school” ini.
Kaedah Old School Tanda Kertas Peperiksaan Objektif
- Teknik Buat Kertas Skema dengan Pisau

Teknik ini sebenarnya ramai yang gunakan dan tidaklah terlalu old school. Ianya kaedah main stream sebenarnya. Ramai guru-guru yang menggunakan kaedah in betul tak?
Cara teknik ini ialah dengan :
- Menanda skema pada kertas objektif yang kosong.
- Selepas itu, ambil pisau dan torehkan pada jawapan skema yang ditanda supaya berlubang segi empat sama.
- Selepas siap, tekap jawapan murid dengan skema. Jawapan yang betul akan kelihatan pada lubang.
- Maka guru boleh menanda jawapan murid yang betul dan pada masa yang sama terus mengira jumlah yang betul.
2. Teknik Tebuk Skema dengan Paku

Teknik ini sebenarnya sangat old school dan rasanya tak ramai cikgu di sekolah yang gunakan kaedah ini. Kaedah ini mungkin hanya cikgu lelaki yang akan guna dan mungkin dalam sebuah sekolah hanya seorang dua sahaja cikgu yang akan guna kaedah ini.
Kelebihan kaedah ini ialah beratus-ratus kertas peperiksaan objektif siap dalam masa sekejap sahaja. Dan keleburukkannya ialah kertas murid akan berlubang.
Cara keadah ini ialah :
- Siapkan 1 skema objektif dan tandakan dengan betul.
- Susun semua kertas soalan murid dalam keadaan yang tersusun dan kalau boleh klipkan dengan klip kertas supaya tidak bergerak.
- Jumlah kertas yang boleh disusun ialah sangat banyak. Jadi pastikan susunan tersusun baik dan klip kertas adalah kuat.
- Lapik bawah kertas dengan kayu atau lapisan kotak. Elakkan permukaan simen atau mozek.
- Bismillah dan bolehlah menukul paku tersebut pada setiap jawapan objektif yang ditanda. Pastikan tukul sampai tembus.
- Siap semua soalan ditukul, sila kira jumlah yang berlubang yang selari dengan jawapan murid yang ditanda pada kertas mereka. Itulah jumlah yang betul.
Mudah bukan?
3. Teknik Hembusan Maut

Hahaha. Ok ini sengaja admin berikan nama yang “power” sikit. Teknik ini sebenarnya menggunakan api bara rokok. Ya, kiranya teknik ini mungkin hanya digunakan oleh cikgu lelaki yang hisap rokok sahaja. Melainkan cikgu perempuan atau lelaki yang sanggup pinjam atau beli rokok semata-mata nak tanda kertas.
Cara menanda soalan guna teknik ini ialah :
- Sila buat skema seperti teknik lain. Tandakan pada jawapan objektif kosong.
- Kemudian susun kertas jawapan murid beberapa helai. Mungkin maksima dalam 5Â ke 10 helai sahaja.
- Ambil rokok, kemudian tekan bahagian yang berbara itu pada jawapan yang betul.
- Maka dengan sendirinya kertas itu akan berlubang sampai belakang.
- Pastikan tidak terlalu lama nanti lubang jadi besar sangat.
- Selepas siap semua, maka bolehlah kira jumlah yang tepat. Siap
Mencabar bukan? Tengok betapa kreatifnya cikgu-cikgu anda.
4. Lingkaran Ubat Nyamuk

Ok, kaedah ini sebenarnya dikongsikan oleh cikgu yang meninggalkan komen di dalam page ini. Jadi, ideanya memang menarik dan kongsepnya adalah sama dengan menggunakan bara api rokok.
- Siapkan skema jawapan.
- Susun jawapan objektif skema dan jawapan murid dengan tersusun.
- Tekap kertas jawapan skema sehingga tembus ke belakang bersama kertas jawapan murid.
- Siap.
Menarik bukan? Siapa kat sini pernah guna kaedah ini? Mungkin kalau bukan tekap semua, mungkin kaedah ini boleh digunakan untuk menggantikan pisau pada kaedah 1 iaitu untuk membuat lubang pada skema jawapan objektif.
Ok, admin dah kongsikan 3 teknik ini. Jadi apa lagi yang anda guna untuk tanda kertas jawpaan objektif?
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook