Pelbagai Ragam Hari Guru

Pelbagai Ragam Hari Guru
Pelbagai Ragam Hari Guru

Pelbagai Ragam Hari Guru yang ditunjukkan oleh semua guru. Pada setiap tanggal 16 Mei insan bergelar guru akan disambut oleh warga sekolah. Guru akan dihargai dengan mengadakan pelbagai acara di sekolah. Sudah pasti guru akan rasa jasa mereka dihargai dengan ucapan terima kasih dan ucapan selamat hari guru daripada murid-murid.

Terdapat PIBG yang merancang sambutan hari guru. Kerjasama daripada PIBG sangat diperlukan bagi memastikan sambutan dapat dijalankan dengan lancar. Pelbagai acara yang boleh dilakukan sewaktu hari guru. Guru-guru boleh rujuk panduan sambutan hari guru yang pernah admin kongsikan.

Walaupun terdapat sekolah yang guru sendiri menguruskan hari guru, itu tidak menjadi masalah kerana kita menyambut hari guru bersama-sama rakan-rakan di sekolah. Sebelum ini admin pernah siarkan mengenai guru syok sendiri menyambut hari guru. Kebanyakkan guru tidak setuju kerana sambutan hari guru dibuat atas dasar meraikan diri sendiri dan rakan-rakan guru yang lain.

Pelbagai Tema Hari Guru

Ketika perbincangan dilakukan mengenai sambutan hari guru pasti isu tema paling diberi perhatian. Pelbagai tema yang telah guru cadangkan bagi memastikan sambutan dapat dijalankan dengan meriah. Sebagai contoh tema kembali ke zaman sekolah, tema pekerjaan lain selain guru, tema hang tuah dan banyak lagi.

Murid-murid akan terhibur dengan pelbagai reaksi dan senario guru. Sudah pasti semua pendidik sangat sporting. Mereka akan berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan. Gambar dibawah menunjukkan antara tema-tema yang disambut di sekolah sekitar Malaysia.

Tema Kembar
Tema Kesultanan Melayu
Tema jika saya bukan seorang guru
Dayang Senandung
Guru veteren pun sporting
Guru Menjadi Pahlawan
Tema apa ini?? Agogo..

Gambar-gambar diatas menunjukkan bahawa guru-guru sangat gembira dalam menyambut hari guru. Guru-guru sangat sporting dalam menjayakan sambutan hari guru. Semangat seperti ini perlu ditunjukkan oleh semua guru supaya murid-murid dapat melihat contoh semangat guru.

Kad Sambutan Hari Guru

Murid-murid juga akan teruja untuk bersama-sama dalam menyambut hari guru. Murid yang berkemampuan akan memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka. Murid yang tidak berkemampuan akan membuat kad ucapan hari guru kepada guru kesayangan mereka.

Guru-guru tidak mengharapkan hadiah yang lumayan cukup sekadar dengan ucapan selamat hari guru. Ibu bapa perlu menerapkan nilai murni menghargai orang yang telah mengajar mereka.

Ucapan hari guru
Kad Ucapan dan Hadiah
Kad Ucapan
Guru menunjukkan kad ucapan

Penghargaan daripada murid harus diberi perhatian oleh guru. Walaupun sekadar kad ucapan yang dibuat sendiri, namun ini menunjukkan murid-murid sangat memberi penghargaan kepada guru. Mereka mengingati setiap jasa-jasa guru mereka.

Akhir kata, SGO ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia ini. Jasa guru memang tiada tandingan. Semua pekerjaan adalah atas jasa seorang guru. Begitu mulia pekerjaan sebagai seorang guru. Anda sangat bertuah kerana menjadi seorang GURU.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.