Murid Terjun Bangunan: Ibu Bapa Perlu Memberi Perhatian Masalah Anak

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
Murid Terjun Bangunan IbuBapa Perlu Ambil Perhatian
Murid Terjun Bangunan IbuBapa Perlu Ambil Perhatian

Ibu Bapa Perlu Memberi Perhatian Masalah Anak. Walaupun anak masih dibangku sekolah, namun perhatian yang cukup perlu diberikan kepada mereka. Ibu bapa yang sibuk bekerja perlu mencari ruang untuk mendekat anak mereka dan bertanya khabar. Sesetengah anak perlukan perhatian daripada ibu bapa.

Masalah murid disekolah perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Sekiranya anak mengadu mempunyai masalah di sekolah, seharusnya ibu bapa perlu memandang serius dan berjumpa dengan guru untuk berbincang bukan hanya mendengar tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sesetengah ibu bapa mengabaikan masalah yang diadukan oleh anak mereka. Ibu bapa seharusnya mengambil tindakan sekiranya masalah yang diadukan oleh mereka itu serius. Jangan sampai “nasi menjadi bubur” baru ibu bapa sedar akan kesilapan mereka.

Ibu bapa jangan melepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anak mereka kepada guru sepenuhnya. Guru perlu mengawasi ramai murid dan bukan hanya fokus kepada seorang murid sahaja. Kadang-kadang guru akan terlepas pandang mengenai masalah mereka. Murid juga tidak selesa untuk mengadu dengan guru tetapi lebih selesa mengadu kepada ibu bapa.

Kes murid sekolah rendah yang terjun dari tingkat 3 bangunan menjadi perhatian masyarakat. Kenapakan perkara seperti ini boleh berlaku? Adakah murid ini terlalu stress dan mengambil keputusan untuk terjun daripada bangunan? Pelbagai persoalan yang timbul selepas kejadian ini berlaku.

Guru juga akan disalahkan kerana tidak mengawal murid di sekolah. Guru seharusnya mengambil kisah mengenai keberadaan murid. Seperti yang berlaku kepada murid ini yang tidak turun semasa perhimpunan. Seharusnya guru disiplin perlu memainkan peranan untuk mendekati murid ini.

My Metro: Terjun Dari Tingkat 3 Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sri Andalas

MURID Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Andalas, Klang cedera di kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa ditemui terbaring di kaki lima oleh guru.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, murid itu segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.

“Mangsa turut memaklumkan kepada bapanya dia tidak mahu ke sekolah hari ini kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas,” katanya.

Alzafny berkata, sebelum kejadian, mangsa berada di kelas di tingkat tiga bangunan sekolah.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan pengawas turun ke dewan bagi sesi perhimpunan tetapi memberitahu akan turun kemudian.

Menurutnya, siasatan menemui terdapat satu kerusi di koridor bertentangan kelas dipercayai digunakan mangsa untuk terjun.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher tetapi stabil dan sedar.

“Motif kejadian masih disiasat dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Sumber: My Metro

Ketinggian bangunan di Sekolah
Ketinggian bangunan di Sekolah

Kesimpulan

Disini tidak kira ibu bapa atau guru, semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. Jangan asyik menunding jari ke arah orang lain tanpa kita sedari kesilapan sendiri. Kes ini perlu dijadikan ikhtibar kepada semua untuk lebih berhati-hati.

Disini admin ingin kongsikan 6 peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa:

  1. Jurulatih – memberi peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di rumah dan di sekolah.
  2. Mentor – Menasihat, membimbing, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara
  3. Penyokong – menyokong, mempertahan dan meyakinkan anak
  4. Sentiasa Bermaklumat – Terkini dengan apa yang berlaku di sekolah
  5. Menjadualkan kehidupan – Mengatur kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia
  6. Sahabat – mendampingi anak sebagai seorang sahabat

Akhir kata, admin doakan agar murid itu akan beransur sihat. Kepada ibu bapa murid ini diharapkan bersabar dengan dugaan yang menimpa. Ada hikmah bagi setiap apa yang berlaku. Guru-guru pula diharapkan dapat mengambil ikthibar daripada peristiwa ini supaya tidak lagi berulang peristiwa ini pada masa akan datang.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>