Maktab Perguruan Kota Bharu atau IPG KKB akan di Tutup 2020?

ipg kota bharu bakal ditutup tahun 2020
ipg kota bharu bakal ditutup tahun 2020

IPG KKB Tinggal Kenangan??? Perkara ini telah menjadi tular bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Baharu ini akan ditutup. Adakah berita ini benar atau hanya berita palsu? Kesahihan berita ini tidak dibuat kerana belum ada lagi suara daripada pihak atasan mengenai hal ini.

Diharapkan berita ini tidak benar agar IPG KKB akan terus dapat digunakan untuk mendidik bakal-bakal guru. Ramai bekas pelajar IPG ini sangat tidak setuju dengan penutupan IPG ini. Namun, sekiranya hal ini adalah benar semua perlu akur dengan keputusan yang dibuat.

Sejarah IPG KKB

IPG KKB

Maktab Perguruan Kota Bharu yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) merupakan sebuah institut latihan perguruan di Malaysia. Ia terletak di Pangkalan Chepa, 10 km dari Kota Bharu, Kelantan.

Pembinaan maktab ini bermula dalam tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dan disiapkan pada 1954 MPKB di tubuhkan sebagai ganti maktab perguruan di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. (Bird’s Eye View 24 Ogos 1954) Kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri. Tenaga pengajar dari London.

Pada 11 Ogos 1954 MPKB dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama DYMM Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. Pada tahun 1960 MPKB mula melatih guru-guru sekolah rendah dan mula menerima pelatih dari Brunai dan Singapura.

Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus pendidikan kesihatan, bahasa, seni lukis, kerja tangan , Ilmu Hisab, Sains, Sejarah, Muzik Sains Rumah Tangga dan Geografi. Antara tahun 1957 dan 1970 maktab telah memulakan latihan guru sekolah rendah, melatih guru sekolah menengah dijalankan oleh maktab Perguruan Pulau Pinang kerana kekurangan sekolah menengah di pantai timur untuk menjalankan latihan mengajar /praktikum.

Antara tahun 1971 hingga 1975 maktab telah menawarkan kursus bahasa Melayu kepada guru di sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab perguruan Sultan Idris atau IPSI bagi lelaki dan ke Maktab Perguruan Melayu Melaka bagi perempuan. dalam masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rakyat berikutan dengan pengambilalihan sekolah rakyat dan guru diserahkan kedalam perkhidmatan tetap kerajaan.

Guru Pelatih Kumpulan Pertama antara 1984 hingga 1990 maktab ini telah mengadakan kursus dalam cuti bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh negara. Pada 1990-1991 KBTC menerima peserta KDC kemahiran Hidup bagi guru pelatih. Mulai 1989 MPKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan ekonomi.

Mulai tahun 1991 MPKB mengandalikan Kursus Sijil Perguruan khas (KSPK Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru pelatih dalam dua semester. Mulai 1992 maktab mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) Pengambilan dua kali setahun lima semester dalam bidang pengkhususan Muzik, matematik dan sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus yang sedia ada.

IPG akan Bertukar Menjadi Vokasional dan Permata

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, terdapat 27 kampus IPG di seluruh negara dan sembilan daripadanya akan ditukar kepada Kolej Vokasional atau Politeknik selaras dengan perkembangan serta keperluan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“IPG yang terlibat belum dimuktamadkan dan perbincangan sedang dijalankan terutama mengenai keperluan mengikut lokasi,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, dua daripada 27 IPG akan dijadikan Pusat Permata seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 iaitu IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kementerian yakin 16 IPG di seluruh negara yang tidak ditukar kepada Kolej Vokasional, Politeknik atau Pusat Permata mampu menampung keperluan baharu ambilan latihan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

“Mulai 2017, trend pengambilan guru pelatih untuk PISMP akan stabil pada unjuran 1,600 orang,” menurut kenyataan itu dan menambah pengambilan diselaraskan dengan jumlah kekosongan kerana persaraan dan permintaan guru baharu bagi mengelak wujudnya lambakan guru.

Mulai 2017 juga, tiada ambilan guru pelatih di IPG yang ditukar kepada Kolej Vokasional, Politeknik atau Pusat Permata, sebaliknya pelatih sedia ada di IPG berkenaan akan kekal sehingga tamat pengajian.

Penyuraian pensyarah di IPG yang ditukar kepada Kolej Vokasional, Politeknik atau Pusat Permata juga dibuat berfasa mengikut penamatan ambilan pelatih.

Pensyarah terlibat boleh memilih untuk kekal di IPG berkenaan atau berpindah ke institusi pendidikan lain tanpa menjejaskan opsyen dan gred jawatan masing-masing.

“Selaras dengan Transformasi Penstrukturan kementerian, pensyarah-pensyarah ini sesuai ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah yang sama atau berdekatan,” kata kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Kesimpulan

Rakyat Malaysia jangan cepat melatah dengan berita yang diterima. Mungkin hal ini hanya perancangan dan belum mendapat kepastian. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa berdoa agar IPG ini tidak ditutup. Banyak guru-guru yang cemerlang telah dilahirkan oleh IPG ini.

Keluaran IPGKKB

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa menyokong kami dan berkongsi maklumat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistem guru online