Kesusahan Pendesak Kejayaan Remaja 15 Tahun Hasilkan Elektrik Guna Pokok Kedondong

remaja 15 tahun hasilkan elektrik melalui pokok kedondong
remaja 15 tahun hasilkan elektrik melalui pokok kedondong

Kesusahan Pendesak Kejayaan itulah motivasi yang perlu diikuti oleh semua. Kemiskinan bukanlah faktor kepada kegagalan seseorang. Kejayaan bergantung kepada kesungguhan individu bekerja keras dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Orang yang mahu berjaya tidak akan mencari seribu satu alasan. Orang yang mahu berjaya akan mencari seribu satu jalan penyelesaian. Kehendak seseorang akan mengatasi segalanya. Usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.

Kali ini admin ingin berkongsi cerita mengenai kisah seorang remaja yang hidup susah tetapi dapat menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Kesusahan yang dilalui boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk berjaya.

Kejayaan Menghasilkan Elekrik Daripada Pohon kedondong

Menghasilkan elektrik menggunakan Pohon kedondong itu sangat mustahil. Namun yang demikian, tiada apa yang mustahil jika ada usaha. Sebagai contoh penggunaan telefon bimbit tanpa wayar. Pasti masyarakat dahulu memikirkan hal ini mustahil tetapi sekarang ini sudah benar-benar terjadi.

Telah menjadi tular seorang remaja di Aceh mencipta sesuatu yang baru untuk membantu ahli keluarganya. Beliau telah mencipta tenaga elektrik dengan menggunakan pohon kedondong yang secara logiknya sangat mustahil untuk mempercayai.

Naufal Raziq merupakan remaja lelaki yang berasal daripada Langsa Lama, Aceh dan kini berusia 15 tahun. Beliau lahir daripada keluarga yang susah dan tinggal di kawasan pendalaman.

Kejayaan Adik Naufal Raziq

Hasil kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dan keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat kampungnya, maka Allah mengurniakan ilham kepadanya untuk menghasilkan elektrik daripada pohon kedondong.

Setelah melakukan berpuluh-puluh cubaan, akhirnya beliau berjaya menjadikan pohon kedondong sebagai sumber elektrik untuk rumahnya. Kemudian perkara tersebut diaplikasi kepada rumah-rumah di kampungnya.

Jika dulu, kampungnya terpaksa bergelap dek tiada elektrik namun kini masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Kini nama Naufal Raziq bergema di seluruh Indonesia dan mendapat perhatian daripada pihak pimpinan negara.

Kejayaan: Elektrik dari Pohon Kedondong

Berita Kejayaan Adik Naufal

Dibawa merupakan berita ulasan kepada kejayaan adik Naufal.

Faktor Kepada Kejayaan

Peribahasa  ‘berusaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan impiannya.

1. Tanggungjawab

Seorang pelajar yang bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh perhatiannya kepada pengajaran guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham. Dia juga akan mengulangkaji pelajaran secara konsisten. Oleh sebab itu, pelajar yang berjaya sudah bersedia menghadapi peperiksaan dan tidak akan kelam-kabut atau bersengkang-mata demi menyiapkan dirinya untuk menduduki peperiksaan.

Seorang pelajar yang bertanggungjawab juga dapat menilai antara sesuatu yang baik dan salah. Dengan demikian, pelajar tersebut dapat menolak pelawaaan teman-temannya sekiranya mereka mengajaknya melakukan sesuatu yang kurang berfaedah.

2. Disiplin diri

Selain sifat bertanggungjawab, seorang pelajar yang berjaya perlu ada disiplin diri. Disiplin diri seseorang itu dapat memastikan pelajar tersebut dapat mengatur dan mengimbangi masanya dengan baik antara pelajaran, kegiatan luar darjah dan beriadah bersama kawan atau keluarga. Dengan disiplin diri, seseorang pelajar itu berupaya mengelakkan dirinya daripada melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah. Aktiviti yang tidak bermanfaat adalah seperti bersembang di pusat-pusat membeli-belah atau taman dan merokok.

3. Dorongan Keluarga

Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.

Sumber: Blog Cikgu Hasanah

Apa Kata Keyboard Wariors?

Sudah semestinya setiap kejayaan manusia akan ada yang memperlekehkan. Antara netizen yang bersuara lantang tanpa berfikir ada yang menyebut..

“Setakat buat macam ini, baik pakai cuka sahaja.”

“Eleh, kalau setakat sambung sana sini, aku pun boleh buat. Bukan susahpun!”

“Budak ni tak fikir ke bahaya dia buat macam ni. Dengan pokok tak berpagar, kalau ada kena elektrik nanti susah semua orang”

Tak percaya? Cubalah baca bahagian komen di beberapa post di facebook. Persoalannya disini kalau netizen tersebut pandai sangat kenapa dari awal tidak ciptakannya. Remaja ini admin lihat sangat genius dan bukan itu sahaja malah dia membantu orang lain di kampungnya.

Admin harap semua keyboard wariors jangan tahu tulis sahaja. Buatlah sesuatu jasa kepada agama islam dan masyarakat. Itu lebih baik. Betultak?

Kesimpulan

Jadikan kisah adik Naufal ini sebagai semangat untuk berjaya. Guru-guru boleh jadikan ini sebagai bahan untuk menyuntik semangat dalam diri murid. Faktor kemiskinan bukan penghalang untuk kita berjaya dalam kehidupan.

Kejayaan adalah hak milik setiap insan. Jalan ke arah kejayaan itu berbeza antara satu sama lain. Sekiranya kita melalui jalan kejayaan pasti kita akan berjaya, sekiranya tidak kita akan mengikuti golongan yang tidak berjaya. Semoga Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia akan tercapai.

Akhir kata, SGO mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Naufal atas kejayaan beliau. Sekiranya guru-guru diluar sana mempunyai bahan-bahan yang menarik boleh kongsikan kepada kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistem guru online