
Semakan Keputusan UPU Online bagi tahun 2017/2018. Bagi calon calon yang telah menduduki peperiksaan SPM ataupun STPM pada tahun 2016 sudah boleh membuat semakan keputusan permohonan UPU anda.
Keputusan ini berkait rapat dengan institusi Universiti Pendidikan Awam, Politeknik Premier, Konvensional / Metro, Institut Latihan dan Kemahiran Asas (ILKA) dan juga Kolej Komuniti.
Bagi rekod yang lalu kami percaya anda telah membuat permohonan UPU secara online bukan?
Jadi anda sudah boleh mula menyemak status permohonan anda dahulu.
Semakan Keputusan Permohonan UPU Online
Keputusan permohonan yang sudah boleh disemak adalah Permohonan ke Universiti Awam, Politkenik, ILKA, dan Kolej Komuniti.
Calon Yang Berkenaan
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
- Setaraf SPM
- Setaraf STPM
Tarikh Semakan Keputusan UPU
- Minggu Kedua dan Ketiga April
- Semakan Temu duga bagi Program Pengajian Bertemuduga
- 14 sehingga 20 Mei 2017
- Semakan Keputusan Permohonan Universiti Awam dan Politeknik Premier
- Semakan Keputusan Permohonan ke Metro, Kolej Komuniti, Politeknik Konvensional, dan ILKA
- 11 hingga 17 Jun 2017
- Seakan Keputusan Rayuan Permohonan ke Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA
Sistem Aplikasi Semakan Temduga UA dan Politeknik
Disini admin nak kongsikan link untuk semakan temuduga Universiti Awam dan Politeknik.
Tarikh semakan adalah 14 hingga 18 April 2017
Link :Â
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Politeknik
Semakan Keputusan dan Tawaran Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ Universiti Awam/ Metro/ ILKA/ Kolej Komuniti
Tarikh Semakan
15 Mei 2017 (selepas 1200 tengah hari) hingga 29 Mei 2017
Semakan Online
Link : Sistem Aplikasi Semakan Saluran Utama Keputusan UPU Online Lepasan SPM Setaraf
Semakan ini adalah semakan permohonan UPU Online bagi Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ Universiti Awam/ Metro/ ILKA/ Kolej Komuniti.
Sistem aplikasi ini kemungkinan besar akan mengalami kesukaran bagi tujuan pengaksesan kerana ianya dituju oleh ramai pengguna.
Oleh itu, anda mungkin perlu mencuba berkali kali dan juga ulangi perkara tersebut pada hari yang berbeza beza.
Sebagai alternatif, anda juga boleh lakukan semakan dengan menggunakan mana mana saluran alternatif untuk menyemak UPU bagi keputusan permohonan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier
Semakan Secara SMS
- Taip UPU <jarak> RESULT <jarak>NoKP dan SMS ke 15888
- contoh  UPU RESULT 000605010424
ataupun
- Taip UPU <jarak> TVET<jarak>NoKP dan SMS ke 15888
- contoh  UPU TVET 000605010424
Permohonan e-Rayuan UPU Online
Tarikh Semakan
15 Mei 2017 (selepas 1200 tengah hari) hingga 29 Mei 2017. Permohonan rayuan hanyalah boleh dilakukan oleh pemohon yang langsung tidak berjaya menerima sebarang tawaran UPU online.
eRayuan Online
Link :
Sistem Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM Setaraf
Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini dan semoga anda berjaya mendapat tawaran seterusnya melanjutkan pelajaran pada institusi pelajaran yang diinginkan.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum