Kawalan Kelas? Ini Cara Rahsianya Yang Cikgu Perlu Tahu

kawalan-kelas
kawalan-kelas

Kawalan Kelas? Ini Caranya. Kaedah Bermain Dalam Mengawal Kelas semasa Pengajaran dan Pembelajaran (pdpc) sangat penting dikuasai oleh guru-guru. Semua guru akan mengalami masalah yang sama iaitu masalah dalam mengawal kelas. Masalah ini biasa dihadapi guru-guru yang mengajar sekolah rendah terutama tahap 1.

Murid yang ramai akan mengeluarkan pelbagai perangai ketika proses pdpc di dalam kelas. Ada murid yang akan tidur dalam kelas, mengacau kawan yang sedang belajar, ada yang bersembang dan ada yang bermain. Ini merupakan cabaran kepada guru yang perlu ditangani dengan bijak.

Guru tidak boleh bertindak diluar batasan untuk mengawal kelas ketika prosen pdpc. Seperti cerita yang telah SGO keluarkan iaitu guru membaling kerusi kepada murid. Hal ini berlaku mungkin guru ini tidak tahan dengan perangai murid yang tidak dapat dikawal di dalam kelas.

Disini admin ingin kongsikan kaedah permainan yang boleh digunakan oleh guru semasa pdpc. Kaedah permainan ini telah dikongsikan oleh SISC+ Heryyan Shah bersama rakan-rakan guru.

Kaedah Permainan Dalam Mengawal pdpc di Dalam Kelas

1. Traffic Light Cards
Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards. Hijau untuk ‘BAIK’, Kuning untuk ‘AMARAN PERTAMA’ dan Merah untuk ‘DENDA’. Pilih denda yang berpatutan. Guru jangan menggunakan denda yang boleh memudaratkan murid seperti berdiri di tengah panas. Perkara ini akan menyusahkan guru jika berlaku perkara yang tidak diingini. Contoh denda yang boleh digunakan seperti membuat kerja rumah yang lebih daripada murid yang lain.

Traffic light – sumber cikguhailmi

Trafic light untuk menguji kefahaman murid ini boleh digunakan untuk penalty card. Pelbagai cara guru boleh gunakan trafic light ini.

2. Good Behaviour Badges/Tags
Berikan button badges atau tags bertulis good behaviour untuk membina harga diri murid.Apabila seorang murid dapat murid yang lain juga turut akan berusaha untuk mendapatkan badges. Guru perlu kreatif dalam membuat behaviour badges untuk menarik perhatian murid.

Contoh badges

3. Noise O Meter
Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara mereka yang dibenarkan mengikut tugas. Pada permulaan mungkin murid tidak begitu mengikuti peraturan ini. Namun setelah beberapa kali digunakan mereka akan faham mengenai peraturan ini.

Noise O Meter

4. Attention Grabbers
Guru menggunakan chants yang menarik dan berirama. Murid perlu respon secara lisan menyebabkan mereka alert.

Attention Grabber

5. Blurt Beans
Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid berusaha menjaga biji kacang mereka agar dapat mereka masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut aras. Jika perbuatan tidak baik berlaku, guru mengambil beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan proses memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna guli atau yang bersesuaian.

Blurt Beans

6. Suasana Kelas
Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas mempunyai tone warna pastel, murid mudah menjadi bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus. Warna/corak dominan pada bahagian depan kelas memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu tengah hari, murid lebih penat dan tidak selesa, jadi guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan fizikal dan penuh dengan media.

Suasana Kelas

Di atas merupakan beberapa contoh yang menarik admin untuk berkongsi kepada semua. Sekiranya berguna boleh dipraktikkan di dalam kelas. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan yang dikongsikan oleh cikgu share yang boleh guru rujuk.

Teknik Mengawal Kelas

Selain daripada permainan di atas terdapat pelbagai cara lagi yang guru boleh gunakan untuk mengawal kelas di dalam kelas. Disini admin akn berkongsikan beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk mengawal kelas yang lebih kepada peranan guru. Admin telah merujuk blog pakreatif dalam mengambil bahan.

1. Berfokus
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran – guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 – 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru. [Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran & jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual.

2. Pemantauan
Kunci utama di sini ialah guru bergerak [elakkan daripada duduk sahaja] semasa murid melaksanakan tugasan. Sambil berjalan, guru harus memantau kerja pelajar. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada membuat gangguan [membuat pengumuman dll] semasa pelajar menyiapkan tugasan. Guru yang berkesan akan bergerak di seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis [bertujuan menyemak dan memberi bimbingan bersifat individu.]

3. Teladan
“Values are caught, not taught.” – ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar. Kepimpinan melalui tauladan, berikan contoh peribadi yang baik kepada pelajar.

4. Interversi Berprofail Rendah
Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu. Sebagai contoh, Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik “name-dropping”. Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural. Ia dapat mengurangkan sikap memberontak dalam kalangan pelajar kerana ‘dimalukan’ di depan rakan-rakannya.

5. Kawalan Persekitaran
Karenah pelajar juga dapat dikawal jika guru berupaya mewujudkan kelas menjadi tempat yang menarik, mesra pelajar dan ceria. Pelajar akan rasa lebih seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia harus di’update’ sentiasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran. Walau bagaimanapun, sediakan juga sudut yang kurang bahan / hiasan. Ini penting bagi pelajar yang mudah hilang tumpuan [‘hiasan’ mudah mengalihkan perhatian pelajar sebegini].

Diharapkan dengan perkongsian daripada admin ini dapat membantu guru dalam menyelesaikan masalah dalam mengawal murid di dalam kelas ketika pdpc. Semua bahan yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian daripada guru-guru di luar sana melalui blog mereka.

Sekiranya guru-guru di luar sana ada bahan lain yang menarik boleh kongsikan kepada kami. Kami akan siarkan untuk kepentingan semua guru. SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook