Juara Matematik Dunia ini adalah Dua Pelajar dari Malaysia Kaedah Matematik Sakamoto

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Juara Matematik Dunia ini adalah Dua Pelajar dari Malaysia Kaedah Matematik Sakamoto
Juara Matematik Dunia ini adalah Dua Pelajar dari Malaysia Kaedah Matematik Sakamoto

Juara Matematik Dunia ini adalah dua Pelajar dari Malaysia. Pada 22 & 23 April lalu, 2 pelajar Maahad Tahfiz dinobat juara  Pertandingan Matematik Peringkat Antarabangsa.

Pertandingan tersebut adalah 14th World Mathematics Competition yang mana telah berlangsung di Hotel Marriot Manila dan Newport Performing Arts Theater Filipina.

Pertandingan tersebut merupakan pertandingan peringkat gilang gemilang kerana penyertaan melibatkan pelajar dari pelbagai negara.

Juara Matematik Dunia ini adalah Dari Malaysia

Dua pelajar juara yang dimaksudkan adalah adik Najmi Asyraf Abdul Halim yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan memenangi emas untuk Level 2.

Adik Jad Haris Sabaruddin dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub pula menang bagi kategori Level 4.

Kaedah Matematik Sakamoto

Pertandingan ini sebenarnya peringkat terbuka kepada negara negara yang mana melaksanakan pembelajaran matematik Kaedah Sakamoto dari Jepun.

Penaja pertandingan ini adalah Sakamoto Educational Systems Pte Ltd. Kaedah Sakamoto sebenarnya adalah penyelesaian masalah melalui kaedah pendekatan visual.

Ia membolehkan pelajar pelajar menganalisa soalan melalui pemikiran logikal namun secara teknik bersistematik dan tersusun.

Disebalik pertandingan Bersejarah ini

Pusat Pembelajaran Sakamoto yang terdapat di negara kita adalah di bandar raya Kuching. Pada pertandingan ini penyertaan sejumlah 25 kanak kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih bagi mewakili Malaysia ke WMC2017.

Mereka adalah pelajar dari pusat pembelajaran Sakamoto yang bersekolah di SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan, SMK St Joseph, St Joseph Private School, Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub, SK Endap Kota Samarahan, SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, dan Kolej DPAH Abdillah.

Selain dari dua pemenang johan dari Malaysia peserta negara kita juga telah menggenggam kejayaan bagi pingat perak iaitu Adik Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).

Bagi pingat gangsa pulah adik Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1).

Akmal Fitri Ahmad (Level 1), Muhd Bazil Fudail Sanchez (Level 3), Nur Umairah Shahheerah Abdul Razak (Level 4), dan Zahirul Haq Zairon (Level 5), Nuha Nashrah Abdul Aziz (Level 1), Irsyad Mahdi Radzali(Level 1), Marcus Jimok Delwish (Level 2), Dhania Farisya Ithnen (Level 2), Ammar Azizi Roslan (Level 2), Ahmad Latifi Sabeli (Level 3) juga merupakan pemenang pingat gangsa pada pertandingan ini.

Juga tidak lupa pemenang pingat gangsa lain iaitu adik Nadine Jannah Nawawi (Level 5, Muhd Adam Muhammad Abu Zaid (Level 5) dan Dayang Farah Farzana Abang Idham (Level 5).

Ini bermakna, para pelajar yang tersenarai diatas mampu menguasai Kaedah Matematik Sakamoto yang mana mereka mahir dalam tiga langkah asas.

3 Langkah Asas Kaedah Matematik Sakamoto

Langkah pertama adalah analisa masalah, mengenalpasti fakta penting dari soalan dan memahami hubungkait antara data satu sama lain.

Langkah kedua  adalah menterjemahkan makluman terkumpul dari langkah satu kepada rajah linear. Rajah linear ini akan membantu pelajar mengira dan memahami logik disebalik kiraan yang akan mereka lakukan pada langkah 3.

Langkah ketiga pelajar hendaklah membina persamaan dan membuat kira kira bagi mendapatkan jawapan terakhir.

Pada usia yang muda nama pelajar kita sudah gah di mata dunia. Ini merupakan pencapaian yang baik untuk menaikkan status pelajar kita Malaysia.

Tahniah kepada adik Najmi dan adik Jad Haris atas kejayaan ini. Teruskan berjuang dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Silakan lawati : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook