Hidroterapi Murid Pemulihan Khas

Hidroterapi Murid Pendidikan Khas
Hidroterapi Murid Pendidikan Khas

Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air.Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.

Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental.Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit.

Elemen Penting

  • Apungan
  • Pernafasan
  • Berenang

Kepentingan Hidroterapi

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan
17. Peningkatan self-esteem.

Langkah Keselamatan

1. Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
2. Pastikan paras air sesuai untuk murid
3. Alatan yang sesuai digunakan
4. Pakaian yang sesuai
5. Kawalan guru yang lebih

Aktiviti

1. Regangan dan pemanasan badan
2. Penyesuaian diri dengan air
3.Membina keyakinan diri
4.Menguatkan motor kasar
5.Kawalan pernafasan
6.Kayuhan kaki dan imbangan
7.Berjalan di dalam air dan apungan
8.Berjalan sambil menguak tangan

DIY Kolam Menggunakan Kanvas

Bagi sekolah yang tidak mempunyai kolam untuk membuat hidroterapi, guru-guru boleh membuat sendiri dengan menggunakan kanvas. Cara ini dapat menjimatkan kos dan lebih selamat. Gambar di bawah menunjukkan cara membuat kolam menggunakan kanvas.

kanvas di ikat dibangku
Sekeliling kanvas diikat dengan bangku

Walaupun kolam yang dihasilkan tidak seperti kolam renang tetapi sudah cukup untuk jalankan hidroterapi. Murid-murid pendidikan Khas juga gembira dalam menjalankan aktiviti yang dirancang. Keselamatan menggunakan kolam ini juga terjamin.

Guru perlu senitasa mengawasi murid supaya tidak berlaku sebarang kemalangan. Melibatkan murid dengan air memerlukan perhatian yang lebih terutamanya murid pendidikan khas. Sekiranya tidak, bimbang sesuatu yang akan berlaku walaupun kolam ini tidak dalam.

Usaha cikgu ini menunjukkan kesunguhan mereka bagi menjalankan salah satu standard pembelajaran. Cikgu perlu kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ternyata guru di Malaysia sangat kreatif dan inovatif. Ini merupakan salah satu inovasi yang berjaya dilakukan.

Akhir kata, admin ingin mengucapkan tahniah kepada PPKI SK Jalan Bintang yang telah berkongsi cara membuat kolam renang ini kepada guru pemulihan khas yang lain. Usaha murni ini menunjukkan bahawa warga pendidik di Malaysia bersatu hati dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kredit kepada PPKI SK Jalan Bintang

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook