Guru “Syok Sendiri” Sambut Hari Guru di Sekolah

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
cikgu-sekolah-syok-sendiir-sambut-hari-guru
cikgu-sekolah-syok-sendiir-sambut-hari-guru

Guru “Syok Sendiri” Sambut Hari Guru di Sekolah. Setiap 16 Mei pasti semua guru akan menyambut perayaan ini. Setiap sekolah pasti akan merancang aktiviti untuk menyambut sambutan  peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti akan dirancang bagi memastikan majlis diraikan dengan meriah.

Persoalan disini, kenapakah hari guru, guru sendiri yang perlu raikan? Kenapa tidak terdapat pihak lain yang anjurkan sambutan hari guru ini seperti persatuan ibu bapa dan guru? Ramai yang labelkan guru “syok sendiri” merancang aktiviti untuk meraikan diri sendiri.

Seharusnya, setiap kali hari guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) perlu merancang sambutan hari guru bagi meraikan insan yang telah mendidik anak mereka. Sambutan tidak perlu terlalu meriah cukup sekadar membuat sambutan tanda menghargai jasa guru.

Bukan semua PIBG yang tidak mengambil peranan dan tanggungjawab ini tetapi kebanyakkan sekolah guru terpaksa merancang sendiri sambutan hari guru untuk meraikan diri sendiri. Mungkin nanti akan ada perasaan tidak puas hati itu akan timbul kerana tidak ada yang meraikan guru.

Oleh yang demikian, PIBG perlu memainkan peranan dalam merancang sambutan hari guru dengan mengadakan perbincangan antara ibu bapa. Inilah salah satu cara ibu bapa dapat membalas jasa guru-guru yang telah mendidik anak mereka tanpa pernah ada rasa jemu.

Apa Kata Guru Sekolah

Komen Guru Sekolah

Daripada post di facebook seorang guru yang mengajar di Sarawak, beliau meluahkan rasa kesal kerana sambutan hari guru tidak diraikan oleh PIBG. Semua aktiviti dirancang, dijalankan oleh guru sendiri. Beliau teringin untuk diraikan oleh para ibu bapa.

Cikgu ini juga melabelkan bahawa guru-guru “syok sendiri” dalam merancang sambutan hari guru. Layaklah guru dilabelkan sebegitu kerana merancang sendiri dalam meraikan hari guru daripada kertas kerja sehingga selepas majlis sambutan.

Suasana di sekolah menengah mungkin berbeza kerana pe;ajar-pelajar mereka sudah cukup matang untuk meraikan sambutan hari guru. Kebiasaanya, organisasi pengawas yang akan merancang aktiviti hari guru ini. Bagi sekolah rendah, murid belum matang untuk melaksanakan peranan ini dan seharusnya ibu bapa yang perlu memainkan peranan ini.

Komen guru sekolah

Terdapat juga guru meluahkan yang sekolah mereka tidak pernah meyambut hari guru. Kenapakah perkara seperti ini berlaku? Adakah kerana ketua jabatan mereka yang tidak mementingkan sambutan ini atau ibu bapa yang tidak memainkan peranan ini? Mungkin guru-guru disekolah tidak mahu dilabelkan “syok sendiri”.

Perayaan hari guru ini wajib disambut bagi meraikan guru di seluruh Malaysia yang telah mendidik anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memantau ketua jabatan yang tidak membuat sambutan hari guru ini.

Apa Kata Admin SGO

Sejujurnya pada pandangan admin, hal sebegini boleh dibincangkan dan kenapa tidak pada hari yang penuh bermakna ini segala urusan diuruskan oleh pihak PIBG. Di sekolah admin sendiri AJK PIBG bersatu bersama-sama merancang pelbagai aktiviti hari guru. Memang menyeronokkan kerana ianya dapat mengikat ukhwah yang lebih padu.

Siapa sangka dari perbincangan bersama ahli PIBG dapat membuahkan pelbagai idea bernas. Ya sehinggakan admin sendiri sangat kagum. Hal ini kerana mungkin kita sebagai guru telah terbiasa dengan idea-idea mainstream dari rakan-rakan guru. Apabila mendapat idea dari ibubapa, kita rasakan ianya sangat bernas kerana belum pernah mendengarnya lagi.

Oleh sebab itu, penglibatan dari PIBG ini sebenarnya sangat diperlukan tidak kira di dalam majlis Sambutan Hari Guru atau apa sahaja program disekolah yang boleh melibatkan mereka.

Kesimpulan

Kesimpulan disini, guru-guru sambut sahajalah sambutan hari guru dengan usaha sendiri. Hal ini tidak salah kerana semua guru bekerjasama dalam membuat sambutan ini. Hal ini menunjukkan bahawa guru bukan “syok sendiri” tetapi sambutan ini diraikan di kalangan guru-guru.

Bagi guru-guru yang ingin merancang untuk membuat sambutan hari guru, SGO ada menyediakan semua bahan di Panduan Sambutan Hari Guru. Guru-guru boleh rujuk post itu bagi membantu dalam menguruskan sambutan hari guru.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>