Guru Digelar Badut

cikgu digelar Badut
cikgu digelar Badut

Guru digelar badut. Adakah gelaran ini perlu diberikan kepada guru? Salahkah guru mahu meraikan hari guru dengan cara mereka sendiri? Guru telah stress dalam menjalankan tugas, apa salahnya kalau mereka mahu melepaskan stress di hari guru. Guru bukan kayu yang tiada hati dan perasaan, mereka mempunyai perasaan ingin dihargai.

Isu ini timbul apabila pelbagai pakaian yang dipakai oleh guru dalam menyambut hari guru. Adakah pakaian mereka pakai ini tidak mengikut hukum Islam? Mereka memakai sedemikian untuk menghiburkan hati sendiri dan murid-murid setelah bertungkus lumus mendidik anak bangsa.

Guru Berpakaian Murut

Kenapakah masyarakat terlalu mengambil perhatian mengenai hal ini? Kenapakah masyarakat tidak melihat pengorbanan guru. Ibu bapa seharusnya memberi sokongan kepada guru-guru dan bukan menjatuhkan guru. Seharusnya, ibu bapa yang perlu menyambut dan memberi penghargaan kepada guru sewaktu hari guru.

Sambutan Hari Guru

Jasa Guru

TANGGAL 16 Mei begitu sinonim dengan sambutan hari guru yang diraikan setiap tahun di seluruh negara bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf profesion perguruan di negara ini. Guru sebagai penggerak modal insan dan tulang belakang dalam menentukan hala tuju masa depan para pelajar wajar diiktiraf dan dihargai kerana tanggugjawab mulia yang dilaksanakan.

Sebagai seorang murid atau bekas pelajar menjadi kewajipan bagi mereka untuk menghargai jasa guru-guru dengan cara menghormati dan beradab dengan guru-guru yang mengajar mereka tentang ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi.

Ini kerana, keberkatan ilmu seseorang mukmin itu juga sebenarnya bergantung kepada sejauhmana nilai penghargaan terhadap ilmu itu sendiri dan guru yang memberi pendidikan atau sebarang ilmu yang dicurahkan.

Berbicara tentang jasa guru dalam mendidik anak bangsa sudah pasti tidak ada nilai untuk disamakan kerana kemuliaan seorang guru itu amat tinggi. Begitu juga jasa guru yang telah ditaburkan untuk menjadikan kita sebagai manusiawi sudah pasti tiada tolok bandingnya dan wajar diberi sambutan untuk menghargai mereka.

Sesungguhnya, seseorang yang bergelar guru begitu mulia di sisi Islam kerana peranannya bukan sekadar dalam menyampaikan ilmu, guru juga berperanan dalam memberikan santapan jiwa kepada anak bangsanya, pembinaan akhlak mulia, dan meluruskan perilaku yang buruk.

Oleh karena itu, guru mempunyai kedudukan tinggi dalam agama Islam. Dalam ajaran Islam pendidik disamakan dengan golongan agama yang sangat dihargai kedudukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. Al-Mujadalah 11).

Bagi setiap anak bangsa pula, walau setinggi mana pangkat dan darjat jangan dilupa jasa seorang guru yang mengajar dan mendidik kita sehingga menjadi seseorang seperti kita pada hari ini. Seseorang mukmin yang berjaya tidak hanya mencapai kejayaan di dunia sahaja malah turut menjadi orang yang berjaya diakhirat yang kekal selama-lamanya.

Sumber: Berita Harian Edisi 29 Mei 2015

Guru memakai pakaian yang pelbagai mengikut tema adalah untuk berkongsi perasaan gembira bersama murid-murid. Murid-murid akan gembira melihat guru mereka menyambut hari guru dengan pelbagai ragam. Murid akan melihat guru begitu semangat dalam melakukan sesuatu perkara.

Orang yang cuba menghina guru adalah orang yang tidak pernah melihat jasa guru mereka. Golongan ini tidak mendapat keberkatan dalam memperolehi ilmu. Apa salahnya dihari guru masyarakat mengucapkan terima kasih kepada guru.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook