
Gaji Penjawat Awam Rendah Punca Rasuah & Salah Guna Kuasa? Setuju Tak Kalau Gaji Naik Lagi?
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menolak isu gaji rendah dalam kalangan penjawat awam menjadi punca berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata gaji penjawat awam perlu seiring dengan kenaikan kos sara hidup bagi mengelak kebergantungan kepada sumber lain.
“Cuepacs berharap pendekatan gaji ini mesti menuruti Indeks Harga Barang atau Indeks Harga Pengguna supaya kemampanan itu ada kepada penjawat awam. Akhirnya apabila sudah ada kemampanan dari segi sumber kewangan, mungkin isu-isu integriti ini dapat dihalang dan dapat dihindarkan.
“Jadi mereka tidak lagi bergantung kepada sumber yang lain. Kalau gaji mereka cukup, maka gaji yang akan menjadi sesuatu yang amat penting kepada mereka,” katanya ketika ditemui media pada sambutan Hari Pekerja 2017 anjuran Cuepacs di sini hari ini.
Malah, beliau mahu lebih banyak agensi Kerajaan menandatangani ikrar integriti bagi memupuk budaya bebas rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Tambahnya, isu gaji rendah turut berkait dengan kadar keberhutangan yang serius melibatkan lebih 62,000 penjawat awam seluruh negara.
“Jadi sebab itu kami minta supaya penyelesaian yang tuntas untuk mereka ini tanpa memberi kesan kepada mereka yang berkenaan.
“Kita berusaha membantu mereka untuk keluar daripada kepompong hutang ini dan saya yakin kalau semua pihak melihat secara positif bagaimana untuk kita membantu mereka, kita mungkin dapat menyelesaikan masalah ini.
- http://www.astroawani.com
Kesimpulannya
Apa kata anda? Anda bersependapat dengan Datuh Azih Muda? Pada pandangan peribadi admin, perkara ini sangat perlu diperhalusi. Bukannya Malaysia tiada undang-undang tetapi mungkin tahap perlaksaannya yang masih kurang.
Jika benar mahu naikkan gaji penjawat awam, maka kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji bulanan yang lebih besar lagi. Dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang masing-masing semua tahu ianya sangat tidak bagus jadi adalah kurang wajar untuk menaikkan gaji penjawat awam.
Namun untuk jangka masa panjang, mungkin ianya satu keperluan. Oleh sebab itu, admin lebih memilih untuk bersikap terbuka dan menerima keputusan pihak yang bertanggungjawab dengan seadanya.