Dugaan Guru Pedalaman : Sedih, Tidak Dapat Menatap Wajah Terakhir Bapanya…

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Guru Pedalaman Kisah Benar Cikgu Syafiq
Guru Pedalaman Kisah Benar Cikgu Syafiq

Dugaan Guru Pedalaman: Sedih, Tidak Dapat Menatap Wajah Terakhir Bapanya. Inilah dugaan atau kemungkinan yang akan dialami oleh guru pedalaman yang berada jauh daripada dibandar. Semua tahu bahawa guru pedalaman tidak mempunyai jalan perhubungan dan komunikasi yang baik seperti dibandar.

Sekiranya ada berita kecemasan guru-guru di pedalaman akan mengalami kesukaran untuk pulang ke kampung halaman. Sebagai contoh, ahli keluarga yang meninggal dunia merupakan satu tamparan hebat kepada guru pedalaman. Siapa akan berasa tenang sekiranya dimaklumkan ahli keluarga telah meninggal dunia. Mahu pulang tiada pengangkutan yang dapat hantar terus ke kampung.

Lebih menyedihkan lagi sekiranya berita itu diketahui pada waktu petang atau malam. Pada waktu ini memang tiada kenderaan yang dapat hantar pulang guru di pedalaman lebih-lebih lagi guru di pedalaman yang menggunakan kenderaan air. Namun, guru-guru tetap tabah mengajar demi menjalankan tanggungjawab.

Tidak Berpeluang Menatap Wajah Bapanya

Luahan Cikgu Syafiq di Facebook

Seorang guru di Kapit Sarawak meluahkan perasaan sedihnya apabila tidak berpeluang melihat wajah bapanya buat kali terakhir. Beliau cuba menghantar message bertanyakan khabar ayahnya dikampung namun berita sedih di balas dengan berita kematian ayahnya.

Berita diterima pada waktu malam, menyebabkan belia tidak dapat pulang dengan segera. Beliau perlu mencari perahu yang dapat menghantarnya ke Pekan Kapit dan perlu menunggu bot ekspress pada keesokkan harinya. Perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam itu sangat memeritkan bagi Cikgu Syafiq.

Cikgu Syafiq berusaha untuk pulang awal namun apakan daya tidak sempat untuk melihat jenazah ayahnya. Ini semua disebabkan oleh perjalanan yang sukar untuk ke bandar. Guru-guru diluar sana pasti dapat mengalami perasaan Cikgu Syafiq ini. Guru-guru yang pernah mengalaminya pasti sangat memahaminya.

Hanya pusara ayahnya sahaja dapat dilawati. Namun yang demikian, dugaan ini harus diterima. Hal ini kerana qada dan qadar kita harus terima. Ajal maut semua di tangan Allah. Admin memohon semua mendoakan ayah Cikgu Syafiq diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. Inilah pengorbanan seorang yang bergelar GURU.

Pusara Ayah Cikgu Syafiq
Cikgu Syafiq ringan tulang membancuh simen

Bagi masyarakat di luar sana, inilah dugaan yang perlu ditempuhi oleh guru di pedalaman. Jangan sesekali kita menghina tugas guru. Sudah pasti jika ditawarkan ramai yang tidak mahu berada di pedalaman.

Perasaan lebih perit dan sedih apabila ahli keluarga dipisahkan. Suami di pedalaman manakala anak isteri di bandar. Apa perasaan suami yang berada di pedalaman? Mengajar dengan perasaan yang tidak tenang. Sama-sama kita doakan permohonan eg tukar mereka berjaya.

Akhir kata, SGO mendoakan agar Arwah ayahanda Cikgu Syafiq berada dikalangan orang beriman dan Cikgu Syafiq dapat tabah dalam terus meneruskan kehidupan. Admin ingin mengucapkan salam Takziah dan marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayahanda Cikgu Syafiq.

Al-fatihah.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook