Digital Classroom Di Pedalaman

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
digital classroom di pedalaman
digital classroom di pedalaman

Digital Classroom Di Pedalaman, adakah dapat dilaksanakan? Apakah digital classroom? Digital Classroom ini adalah guru menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam dunia serba canggih ini pelbagai alat ICT dan program ICT yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Digital Classroom ini sangat sesuai dijalankan dalam kelas abad ke21. Namun yang demikian, tidak wajib guru menggunakan ABM ICT sahaja dalam menjalankan kelas abad ke21. Guru juga tidak perlu membeli peralatan ICT yang canggih untuk menjalankan digital classroom. Menggunakan komputer dan LCD juga telah boleh dikategorikan sebagai Digital Classroom.

Dapatkan Digital Classroom Dijalankan di Pedalaman?

Admin ada terbaca satu penulisan seorang gurum yang meluahkan mengenai penggunaan Digital Classroom (DC) ini. Guru ini bertugas di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Baram, Sarawak. Sekolah ini kategori P3, bekalan elektrik bergantung sepenuhnya pada generator. Murid tahun 1 hingga tahun 6 hanya mempunyai 10 orang sahaja.

Sekolah

Pada mulanya guru ini tidak yakin untuk menggunakan DC ini. Memandangkan sekolah jauh di pedalaman dan jumlah murid yang sedikit. Namun yang demikian, guru ini cuba untuk menggunakan DC dalam pengajarannya. Pada mulanya guru ini membeli sebuah projektor. Membeli alat ini menggunakan wang sendiri.

Sekarang guru ini sepenuhnya menggunakan DC dalam mengajar kepada murid-murid. Bagi pendapat admin, beliau sudah merasakan cara ini sangat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid juga gembira belajar menggunakan DC. Beliau juga telah melaburkan duit yang banyak dalam melaksanakan DC. Inilah pengorbanan guru yang arus dipuji.

Contoh DC Tahun 1
Contoh DC tahun 5
Contoh DC tahun 2

Nak melaksanakan sesuatu yang baru bagi beliau kadang-kadang susah. Kerana guru banyak memikirkan kekangan sebelum mencuba. Guru perlu mencuba terlebih dahulu dan sesuaikan DC dengan keadaan sekeliling. Pelbagaikan strategi guru mengajar bagi memastikan murid tidak bosan dalan belajar.

Kelemahan, Kekuatan dan Penambahbaikan DC di Sekolah Pedalaman

Kelemahan

a) Gangguan bekalan elektrik disebabkan generator dipadam semasa proses PdPc sedang berlansung
b) masa yang lama untuk set up dari memasang projektor hingga ke menyediakan laptop dan writing pad
c) banyak sangat wayar kena pasang, wayar power ke projektor, wayar thunderbolt ke laptop, wayar tablet wacom ke laptop
d) Gangguan talian internet menyukarkan untuk mengakses bahan seperti gambar, video ataupun game online.

Kekuatan

a) Guru jarang menggunakan marker pen
b) Guru boleh buat pelbagai  benda , contohnya  guru tidak perlu print banyak gambar, gunting dan laminate semata-mata untuk mengajar murid.
c) Guru boleh lakukan simulasi contohnya dalam mengajar pecahan, guru boleh potong gambar dan cantumkan semula dengan menggunakan perisian Paint X Lite.
d) murid motivated, diorang berpeluang set up projektor, gunakan pen pada tablet wacom

Penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan, beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan:
a) minta pekerja generator untuk “restart” generator sebelum PdPc bermula
b)Guru bole gunakan Lenovo MiiX 510 dan menggunakan EPSON Wireless Dongle untuk mengurangkan wayar dan menjimatkan masa set up.
c) Bahan-bahan pdpc guru boleh muat turun lebih awal di bandar.

Akhir kata, guru boleh mengaplikasi DC ini untk mengajar murid. Murid akan lebih gembira dengan kaedah ini untuk belajar. Menggunakan DC ini juga memudahkan kerja guru dalam mengumpul alat bantu mengajar.

Namun yang demikian, apa strategi yang digunakan oleh guru, pengukurnya adalah pencapaian objektif ole murid. Murid perlu mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. SGO mengucapkan selamat mencuba.

Kredit kepada Jurnal Aktiviti PDPC

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistemguruonline