Derita atau Pengorbanan Guru ?

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
dertia-atau-pengorbanan-seorang-guru
dertia-atau-pengorbanan-seorang-guru

Derita atau Pengorbanan Guru? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran setiap guru yang ditempatkan di sekolah jauh di pedalaman. Terdapat pelbagai andaian berkaitan dengan sekolah yang jauh di pedalaman. Pandangan positif dan pandangan negatif itu biasa tetapi hanya guru yang telah alami sahaja dapat merasainya.

Sebelum ini SGO pernah menceritakan mengenai dukalara guru pedalaman. Kali ini SGO akan mendalami lagi perasaan dan pengalaman mereka jauh di pedalaman. Tiada guru yang sanggup ditempatkan di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Namun disebabkan tanggungjawab dan tugas semua itu harus diharungi dengan tabah.

Terdapat juga guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman dan mengambil keputusan untuk tidak melapor diri. Adakah terlalu seksa mengajar di pedalaman? Oleh yang demikian, masyarakat di luar sana harus memberi pujian kepada guru-guru yang sanggup berkorban untuk berkhidmat di sekolah pedalaman.

Derita Perjalanan

Di sini admin ingin berkongsi mengenai perjalanan ke sekolah pedalaman. Ini bukan untuk memberi gambaran negatif kepada guru belum berkhidmat tetapi sebagai bukti bahawa guru sanggup meredah rintangan demi untuk mendidik anak bangsa.

Admin fokuskan sekolah di pedalaman sarawak di daerah Kapit. Guru semenanjung yang di tempatkan di sekolah pedalaman di Kapit perlu mendarat di Lapangan Terbang Sibu. Setelah itu, guru perlu mengambil teksi untuk ke terminal bot ekspress untuk ke daerah Kapit. Buat pengetahuan semua, tiada jalan lain untuk ke Kapit hanya jalan air sahaja dengan menaiki bot ekspress.

Sekiranya sampai lewat iaitu lebih daripada jam 2:30 petang, gur terpaksa bermalam di Sibu terlebih dahulu kerana perkhidmatan bot ekspress hanya sampai jam 230 petang sahaja. Oleh yang demikian, guru perlu merancang perjalanan dengan baik supaya tidak menggangu waktu persekolahan akibat tertinggal bot ekspress.

Bot ekspress

Di kapit ada sekolah yang berada di tepi sungai dan ada juga yang berada jauh di dalam dan terpaksa menaiki perahu panjang untuk meredah anak sungai. Sekiranya air sungai kering, guru terpaksa turun dan menolak perahu itu. Ada guru perlu berpanas selama 2 jam untuk sampai ke sekolah. Walaupun perit namun demi tugas guru harus lalui dengan tabah.

Keratan Akhbar
Berehat sebelum teruskan perjalanan
Perahu yang dinaiki

Terdapat juga guru terpaksa duduk di atas bumbung bot ekspress kerana sudah penuh. . Walaupun panas namun ini bukan  halangan untuk guru berkhidmat. Keselamatan guru-guru ini amatlah di tahap yang sangat mebimbangkan. Pengalaman seperti ini sebenarnya sangat sukar untuk diperolehi. Guru perlu ubah fikiran supaya setiap yang dilalui akan menjadi seronok.

Guru duduk atas bumbung bot ekspress

Ada guru yang terpaksa meniti balak di atas sungai rajang  untuk sampai ke sekolah. Dengar seperti tidak masuk akal tetapi itu adalah realiti. Namun, guru-guru tidak pernah mengeluh dan tetap menjalankan tugasan dengan penuh komitmen.

Laluan balak

Sekiranya guru terdapat kes emergency, sangat sukar untuk guru balik dengan cepat. Hal ini kerana semua guru di kapit bergantung dengan jalan air sahaja. Oleh yang demikian, guru terpaksa merancang terlebih dahulu perjalanan. Ada sesetengah guru tidak sempat melawat kematian ahli keluarga disebabkan masalah pengangkutan.

Pertukaran Dukalara

Ramai guru yang berkhidmat di sekolah pedalaman akan berusaha untuk memohon tukar setelah berkahwin. Hal ini kerana mereka tidak sanggup untuk berada berjauhan dengan keluarga. Eg tukar akan diisi dengan penuh harapan.

Sebelum ini juga SGO pernah siarkan cerita mengenai dukalara seorang guru yang sentiasa memohon pindah. Diharapkan kepada semua guru yang memohon pindah akan dapat berpindah mengikut keperluan.

Diharapkan kisah yang disiarkan oleh SGO membuka mata rakyat Malaysia mengenai pengorbanan seorang guru. SGO disini ingin mengucapkan Selamat Hari Guru yang bakal menjelang kepada semua guru.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>