Cara Buang Virus Shortcut

Cara Buang Virus Shortcut
Cara Buang Virus Shortcut

Virus shortcut merupakan antara virus yang merbahaya dan boleh menyebabkan kita kehilangan dokumen penting yang telah kita simpan di dalam pendrive atau komputer. Maklumat yang disimpan tidak dapat dibuka dan bermasalah.

Contoh Virus Shortcut

Menjadi masalah sekiranya guru tidak simpan maklumat penting di tempat lain. Bila berlaku hal seperti ini boleh mendatangkan masalah yang besar. Guru seharusnya membuat bakeup maklumat penting di tempat lain juga seperti Google Drive atau Dropbox. Kalau hguru menggunakan akaun 1bestarinet guru akan dapat unlimited storage di Google Drive, jadi anda boleh memanfaatkannya.

Guru yang tidak mempunyai ilmu dalam membuang virus ini akan menganggapkan bahawa semua maklumat tidak lagi dapat diselamatkan. Sudah pasti guru akan menjadi stress dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas.

Sebenarnya virus ini dapat di buang dan maklumat dapat diselamatkan. Guru-guru boleh ikuti tutorial bergambar dibawah.

Cara Membuang Virus Shortcut

1) Scan pendrive anda terlebih dahulu.

2) Taip  folder option di ruangan Search dan Enter.

Langkah 2

3) Klik Organize dan Folder and search options.

Langkah 3

4) Klik View. Tandakan pada Show hidden files,folders and drived. Untick pada kotak Hide extensions dan Hide protected . klik Apply.

Langkah 4

5) Buka pendrive tadi dan biarkan ia terbuka.

6) Taip  cmd di ruangan Search dan Enter.

Langkah 6

7) Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.* dan Enter.

(f adalah lokasi pendrive anda. Jika lokasi pendrive adalah E,taip E.

Tunggu sehingga command second muncul. Apabila telah muncul, pendrive anda telah siap dibersihkan dan tidak menjadi shorcut lagi.

Langkah 7

8) Jangan lupa untuk restore defaults semula setting tadi. Okay , dah selesai.

Langkah 8

Cara Membuang Virus Shortcut Menggunakan Software

Guru juga boleh menggunakan cara lain dan lebih mudah menggunakan software Shortcut Virus Remover. Software ini hendaklah di install di pc atau laptop anda. Berikut adalah capaian untuk muat turun software tersebut.

1) Setelah memuat turun sofware tersebut, buka file .exe dan klik Pendrive.

Langkah 1

Diharapkan tutorial ini dapat membantu guru yang mengalami masalah ini. Guru-guru boleh kongsikan tutorial ini bermanfaat. Sekiranya terdapat bahan-bahan yang mahu kongsikan boleh menghubungi kami.

Akhir kata, terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

Sumber – Unit ICT UKM

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistem guru online