Contoh dan Format Borang Kaji Selidik

contoh dan format borang kaji selidik
contoh dan format borang kaji selidik

Contoh Borang Kaji Selidik. Borang kaji selidik merupakan borang yang berisi soalan dan juga tersedia ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang yang sama digunakan untuk kesemua responden.

Borang ini sebenarnya boleh dibuat dan disesuaikan berdasarkan objektif  penyelidikan untuk mengumpul data makluman.

Kelebihan Menggunakan Borang Kaji Selidik

a) Soalan yang sama dari penyelidik akan membolehkan perbandingan dibuat antara satu responden kepada seorang responden yang lain.

b) Data yang terkumpul nanti mudah diproses sama ada melalui komputer ataupun pengiraan matematik.

c) Kerja Pengumpulan data dan mutu data yang terkumpul adalah tinggi dan amat efektif dalam menghala penyelidikan kepada rumusan.

Format Borang.

Borang Kajian sebenarnya tiada format yang khusus. Ianya boleh dilakukan seringkas kertas hitam dan putih tanpa hiasan hinggalah kertas berwarna dan mempunyai pelbagai hiasan.

Begitu juga dengan jumlah soalan. Ianya tidak mustahil untuk penyediaan hanya dengan satu soalan pada satu borang ataupun banyak soalan pada satu borang.

Sebagai contoh, satu soalan pada borang soal selidik mungkin boleh digunakan bagi mendapat jumlah ataupun agregat tidak rasmi dalam pemilihan pengerusi, presiden ataupun wakil kepada seusatu organisasi.

Format Borang Yang Dicadangkan

Halaman Pertama Borang Soal Selidik boleh dikhususkan untuk pengenalan kepada responden. Adakalanya kita berniat merahsiakan identiiti responden dan adakalanya tidak mengapa untuk tidak merahsiakan identiti responden.

Antara maklumat peribadi yang mungkin ingin dicatat bagi info responden adalah;

  • Nama
  • Umur
  • Jantina
  • Tinggi
  • Berat
  • Asal Tempat Tinggal
  • Pekerjaan
  • Bangsa

Pada bahagian seterusnya, anda bolehlah sediakan bahagian utama borang kaji selidik anda iaitu soalan soalan kaji selidik. Pada bahagian jawapan, ianya boleh dijadikan bahagian objektif ataupun subjektif.

Seterusnya bahagian penutup. Setengah borang langsung pula tidak memerlukan bahagian ini. Ianya boleh dijadikan seringkas pengenalan dan soalan soalan.

Jika bahagian penutup masih ingin dikekalkan, anda bolehlah menyediakan ruangan pengesahan dan tandatangan kepada responden tersebut.

Dapatkan Contoh Borang Kaji Selidik disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Borang Kaji Selidik Veterinar 1

Borang Kaji Selidik Veterinar 3 

Borang Kaji Selidik Veterinar 2

Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman untuk Pelatih

BORANG SOAL SELIDIK PEKERJA

NOSACQ-50—Malay-2012

Borang Kaji Selidik Penubuhan Taska

 

Semoga bahan ini membantu anda melahirkan idea menghasilkan borang kaji selidik bagi tujuan pengkajian anda

Sekian Terima Kasih dan teruskan menyokong Sistem Guru Online

Jangan lupa jika berminat sila Hantar Artikel Untuk di Terbitkan di Sistem Guru Online. Sudah pasti kami akan meluangkan masa untuk menyemak perkongsian tersebut dan akan dikongsikan kepada ramai.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook