Adakah Silibus Murid Tahun 1 Tidak Masuk Akal?

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Benarkah Silibus Tahun 1 Terlalu Susah?
Benarkah Silibus Tahun 1 Terlalu Susah?

Adakan Silibus Murid Tahun 1 Tidak Masuk Akal? Benarkah ramai guru dan ibu bapa mempersoalkan mengenai perkara ini? Namun hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk mewujudkan pendidikan negara adalah setanding dengan negara-negara yang lebih maju di luar sana. Persoalannya adakah hasrat ini akan berjaya?

Kandungan isi pelajaran yang terlalu tinggi membuatkan murid tidak dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh guru. Bagaimana dengan nasib murid-murid di sekolah pedalaman?? Mereka masih ramai tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Bagaimana mereka mahu menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran yang menetapkan tahap penguasaan yang terlalu tinggi.

Namun yang demikian, asas yang kukuh perlu bermula dari prasekolah lagi. Murid perlu diajar dengan kaedah yang betul supaya mereka dapan menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Namun yang demikian, sistem pendidikan kini seperti terlalu mengejar prestasi murid di dalam akademik tanpa memikirkan pembentukan sahsiah murid-murid.

Contoh soalan

Pendapat Guru Di Facebook

Baca artikel : Budayakan Pendidikan Kebersihan Pelajar Jepun

Guru ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pendidikan yang diamalkan di Negara Malaysia. Pendidikan Negara Malaysia terlalu mementingkan akademik sehingga terlupa dengan pembentukan sahsiah mereka. Seharusnya, akademik perlu seimbang dengan pembentukan sahsiah bagi memastikan murid yang dihasilkan bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga cemerlang daripada sahsiah.

Kenapakah matapelajaran seperti Agama Islam dan Pendidikan Moral tidak dijadikan matapelajaran teras yang mempunyai peperiksaan yang wajib lulus. Sekiranya matapelajaran ini sama penting dengan matapelajaran teras yang lain pasti pembentukan sahsiah murid akan lebih mudah untuk dilaksana.

Sebagai contoh, apabila murid telah memasuki tahun 6 dan perlu menduduki UPSR, matapelajaran elektif akan dilupakan. Kenapa ini semua terjadi? Hal ini kerana guru terlalu stress untuk mecapai target yang ditetapkan oleh sekolah, PPD dan KPM. Sekiranya tidak mencapai target guru akan dipersoal seperti mereka tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Oleh yang demikian, KPM perlu mengkaji semula sistem pendidikan Malaysia. Pastikan kemajuan akademik seimbang dengan kemajuan sahsiah mereka. Hal ini kerana supaya mereka dapat menjadi orang yang cemerlang dengan sahsiah yang cemerlang. Ramai yang mempunyai akal yang cerdik tetapi perangai yang sangat teruk.

Akhir kata, sebagai seorang guru kita perlu mencari jalan penyelesaian dan bukan terus mencari kesalahan. Tanamkan dalam hati niat utama menjadi seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa. Jangan mencari alasan kerana alasan-alasan itu hanya akan merosakkan prestasi kepada sebagai seorang guru. Guru boleh cuba mengamalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook