
Cara Keluar Duit Tanpa Kad di Mesin ATM Maybank. Pernah tak cikgu-cikgu pergi membeli belah dan bila berada di kaunter untuk pembayaran, baru sedar yang dompet tertinggal di rumah. Takkan nak balik semula ke rumah semata-mata nak ambil dompet. Nak pinjam dengan orang lain segan dan tidak masuk akal.
Mahu keluar dari ATM bank pasti kad juga tiada. Biasanya orang akan simpan kad di dalam beg duit juga. Jadi bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini selain daripada pulang untuk mengambil dompet. Berbaloi ke sekiranya tempat shopping jauh dari rumah dan barang sudah dipilih hanya tinggal bayar sahaja.
Bagi cikgu-cikgu yang ada akaun Maybank, korang tak perlu risau. Maybank ada menyediakan khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau ‘Cardless Withdrawal’. Syaratnya mesti mempunyai akaun Maybank. Hong Leong bank juga menawarkan pengeluaran wang tanpa kad ni. Bank-bank lain admin belum tahu lagi samada menawarkan khidmat ini ataupun tidak.
Nak tahu macam mana caranya, boleh tengok gambar-gambar dan baca langkah-langkah yang telah disediakan di bawah untuk tahu cara mudah nak keluarkan duit dari ATM Maybank tanpa kad. Kalau tidak berlaku pada diri sendiri, boleh tambahkan ilmu untuk membantu orang lain.
Cara Mudah Nak Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)
Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke google chrome melalui handphone korang dan masuk ke website Maybank2u. Klik Account & Banking.
Langkah 1 - Pilih Transfer kemudian Cardless Withdrawal. Di bawah Cardless Withdrawal tu ada diberi 2 pilihan iaitu Favourite Cardless Withdrawal atau Open Cardless Withdrawal. Korang boleh pilih Open Cardless Withdrawal.
Langkah 2 - Seterusnya, isi maklumat yang diperlukan seperti No Hp Penerima, Nama Penerima dan Jumlah. Kemudian akan terima mesej melalui SMS. Jumlah yang dibenarkan untuk pengeluaran tanpa kad ialah RM300 untuk sehari. Hanya 2 transaksi pengeluaran dibolehkan untuk same Recipient mobile number. Dan korang akan dikenakan charge RM1 bagi setiap pengeluaran tanpa kad.
Langkah 3 - Bila korang dah dapat je SMS yang dihantar, cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau English.
Langkah 4 - Pilih pengeluaran tanpa kad.
Langkah 5 - Klik Teruskan bila korang ditanya untuk teruskan atau tidak. Kemudian, korang akan dibawa ke paparan seperti di atas. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi dan tekan YA. Untuk makluman, ID transaksi bukannya nombor akaun. Ia adalah nombor yang akan diterima oleh Si Penerima melalui SMS berupa 16 atau 17 digit (6 digit ID + 10/11 digit nombor HP si Penerima).
Langkah 6 - Sekali lagi, masukkan 6 digit yang korang terima melalui SMS juga dan tekan YA. Ambil wang korang dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.
Langkah 7 Diharapkan tutorial ini dapat membantu guru-guru diluar yang menghadapi masalah ini. Sekiranya guru-guru diluar sana ada yang mahu berkongsi maklumat boleh terus berhubung dengan kami.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook