
Biasiswa Tabung Haji 2017Â ini diberikan melalui Yayasan Tabung Haji (YTH) yang berhasrat melahirkan lebih ramai Profesional Mukmin dnegan memupuk kebolehan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi seorang prosefional yang berperibadi mukmin.
Pemberian Biasiswa Tabung Haji ini sebenarnya mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bagi memohon biasiswa pengajian ini, pelajar lepasan SPM 2016 perlulah setidak-tidaknya memenuhi beberapa syarat yang bakal di senaraikan ini.
Biasiswa Tabung Haji Mempunyai Syarat Khas
Syarat Akademik
Mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 7A ( A+,A, -A) dan emndapat sekuran-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris (lisan dan penulisan).
Kriteria Pemilihan Calon Bagi Biasiswa Tabung Haji 2017
- Pendeposit TH.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.
- Berumur tidak lebih dari sembilan belas (19) tahun semasa membuat permohonan dan pada tahun menerima tawaran.
- Mendapat tawaran daripada koleh matrikulasi atau Pra Universiti atay mana-mana Institut
- Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Berstatus bujang.
- Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Panel Doktor yang dilantik oleh YTH.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Aktif dalam ko-kurikulum dan berketerampilan sebagai pemimpin serta mempunyai komunikasi interporsenal yang baik.
Bidang Pengajian yang di Anjurkan
Sains/ Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat, Sains Fizik, Sains, Teknologi Makanan, Arkitek dan semua bidang kejuruteraan.
Perniagaan
- Perbankan, Kewangan Korporat, Perakaunan, Pelaburan, Aktuari, Hospitaliti, Pemasaran, Ekonomi dan Pengurusan harta.
Umum
- Semua bidang dalam pengajian Islam, komunikasi, Psikologi, Perladangan, Sumber Manusia, Undang-undang.
Profesional
- Chartered Insitute of Management Accountants (CIMA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Certified Public Accountants (CPA), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Malaysian Association of Certifies Public Accountants (MACPA).
Dapatkan Borang Permohonan Biasiswa Tabung Haji 2017
Disini admin nak kongsikan borang tersebut. Anda semua boleh download dan print. Isi dan hantarkan kepada alamat yang disertakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â Borang Permohonan Biasiswa Tabung Haji 2017
Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dihantarkan ke alamat :
Yayasan Tabung Haji,
Lantai 27, Bangunan Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Tabung Haji Contact Center : 03-6207 1919
Dapatkan Flyer Biasiswa Tabung Haji disini :
Dokumen Sokongan yang diperlukan
i. Salinan Sijil Kelahiran yang disahkan.
ii. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon dan bapa/ibu/penjaga yang disahkan.
iii. Penyata gaji/ slip/ pencen terbaru ibu/bapa/penjaga serta surat akuan bersumpah bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.
iv. Salinan sijil SPM/ akademik yang disahkan.
v. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum yang disahkan.
vi. Salinan sijil tamat sekolah yang disahkan.
vii. Salinan muka surat pertama buku akaun simpanan tabung haji.
Senarai Biasiswa Lain Khas untuk Lepasan SPM 2016
Selain biasiswa Tabung Haji ini, ada banyak lagi biasiswa lain yang boleh dimohon oleh anak-anak kita. Sila lihat dan mohon segera.
- Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2017
- Tawaran Biasiswa Bank Negara 2017
- Tawaran Biasiswa Khazanah Watan 2017
- Tawaran Biasiswa Khazanah Global 2017
- Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017
- Tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017
- Tawaran Biasiswa ASEAN 2017
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum