Tarikh Tutup Pengisian Data LINUS 2.0 Saringan 1 2017 di Tunda ke 11 Mei 2017

 

Tarikh Tutup Pengisian Data LINUS 2.0 Saringan 1 2017 di Tunda ke 11 Mei 2017
Tarikh Tutup Pengisian Data LINUS 2.0 Saringan 1 2017 di Tunda ke 11 Mei 2017

Tarikh tutup pengisian data linus 2.0 sarinan 1 2017 ditunda. Seperti yang kita tahu, sekarang merupakan waktu puncak bagi pengisian linus 2.0. Ini ditambah lagi dengan cuti hujung minggu dan cuti hari pekerja 1 Mei 2017 pada hari isnin nanti yang menyebabkan semua guru tertumpu menyiapkan pengisian data dalam masa terdekat.

Website LINUS NKRA Mengambil Masa Loading yang Lama

Mengikut pengalaman admin sendiri, keadaan website LINUS NKRA sangat-sangat parah dimana loading time mengambil masa yang sangat lama dan kadang-kadang ianya gagal untuk meneruskan input yang kita masukkan. Sebagai contohnya jika kita mahu mengimport data murid dari APDM maka apabila kita tekan butang import data, tiada apa yang berlaku walaupun sudah menunggu loading website yang lama.

Jadi disini admin ingin kongsikan beberapa info yang telah di update oleh pihak terbabit mengenai situasi pengisian linus saringan 1 2017 ini.

Tarikh Tutup Pengisian Data Linus 2.0 2017 di Tunda

PENGUMUMAN PENTING : SARINGAN 1 LINUS 2.0 2017

Pengisian Data Pelaksanaan Saringan 1, 2017 mengalami gangguan terutama pada tahap penggunaan Portal NKRA Pendidikan dan tahap muat turun maklumat APDM.

Sehubungan dengan itu, TEMPOH MASA pengisian data Saringan 1, 2017 dilanjutkan sehingga 11 Mei 2017 pukul 11.59 malam.

Tindakan Susulan Sekolah :

1. Semua guru di sekolah yang terlibat dengan pengisian data Saringan 1, 2017 LINUS2.0 di minta untuk muat turun data murid dari APDM secara berperingkat-peringkat.
Contohnya : minggu ini muat turun data murid Tahun 1 dan Tahun 2, dan seterusnya data murid Tahun 3 dan Tahun 4 pada minggu hadapan. atau sebaliknya.

2. Semua guru di sekolah yang terlibat dengan pengisian data Saringan 1, 2017 LINUS2.0 di mohon untuk muat turun data murid dari APDM pada BUKAN waktu puncak.

3. Semua sekolah di minta mengemaskini DATA APDM dari semasa ke semasa mengikut enrolmen semasa sekolah.

Terima kasih.

Pengisian Data Linus 2.0 Saringan 1 2017

PENGUMUMAN LINUS2.0

PERHATIAN :
Tarikh pengisian data murid Saringan 1, 2017 di Portal NKRA bagi LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Melayu, Numerasi & Literasi Bahasa Inggeris pada 24 April 2017 hingga 11 Mei 2017.

1. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti pengisian LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Melayu, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris. Contoh : LINUS<kod sekolah>

2. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM. Sebarang masalah bekaitan murid yang tidak diperolehi di Portal NKRA, sekolah perlu mengemaskini dahulu data murid di APDM.

Tindakan Sekolah :

3.1 Guru diminta mengisi tahap penguasaan murid yang ada di dalam senarai nama murid di kelas masing-masing ketika ini.

3.2 Guru diminta menyemak dari semasa ke semasa di SEMAK DATA MURID (APDM) mengikut kelas masing-masing untuk melihat nama murid telah dikemaskini atau tidak.

3.3 Sekiranya data murid KLIK di KOTAK yang KOSONG pada nama murid berkenaan. Dan nama murid tersebut akan dimasukkan di dalam senarai nama sekolah tersebut.

3.4 Guru TIDAK PERLU IMPORT DATA MURID untuk kali ke 2 atau seterusnya. IMPORT DATA MURID digalakkan dilakukan hanya SEKALI semasa mula-mula hendak membuka Portal NKRA. Sebarang penambahan murid di dalam kelas terutama murid yang tercicir, guru perlu menyemak di SEMAK DATA MURID (APDM) di kelas masing-masing dan ikut seperti makluman di 3.3.

4. Sekolah boleh DELETE pada lambang TONG SAMPAH untuk murid yang telah berpindah, kelas yang telah tiada atau kelasPPKI.

5. Senarai nama sekolah mengikut PPD yang dimuat turun di dalam Portal NKRA untuk pengisian data murid di muat turun daripada EMIS yang dikemaskini.

Pegawai FasiLINUS (LBM, Numerasi & LBI) di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan 1, 2017 LINUS2.0, serta verifikasi data perlu dilakukan oleh PPD.

Sebarang pertanyaan,boleh rujuk kepada PPD dan PADU, KPM. Terima kasih.

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.