SSQS (Smart School Qualification Standards)

SSQS
SSQS

SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Program ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein pada 24 April 2007. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.

Kemas Kini: 12/4/2021

Login SSQS

Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Objektif SQSS

Terdapat 5 objektif utama SQSS:

  • Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan.
  • Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program.
  • Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan.
  • Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan.
  • Memperkasakan (empower) guru dan murid.

Indikator

  1. Penggunaan (40%) – Tahap sekolah mengintegrasikan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta PdP.
  2. Modal Insan (40%) – Tahap kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid.
  3. Aplikasi (10%) – Bilangan aplikasi yang digunakan di sekolah.
  4. Infrastuktur (10%) – Infrastruktur ICT di sekolah.

Responden

  • 1 orang pentadbir
  • 1 orang koordinator
  • 30 orang guru
  • 30 orang murid

Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)

  • 1 orang pentadbir
  • 1 guru Penyelaras ICT
  • Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
  • Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek

Petunjuk Skor

Antara domain yang diukur adalah penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan insfrastuktur teknologi. Seterusnya penarafan bintang dibuat berdasarkan indikator skor yang berikut:

  • Basic (0 – 20) – 1 bintang
  • Basic Plus (21 – 40) – 2 bintang
  • Median (41 – 60) – 3 bintang
  • Advance (61 – 80) – 4 bintang
  • Advance Plus (81 – 100) – 5 bintang

Takwim Perlaksanaan Tahunan

  • Taklimat Perlaksanaan – Julai*
  • Pengisian SSQS dan Pemantauan – Ogos*

*tertakluk kepada perubahan

Pelaksana

Badan Pelaksana yang terlibat dalam Program SQSS ini adalah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri masing-masing dengan bantuan penyelaras di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT.

Panduan Mengisi

Langkah 1:
Sila buka Laman Sesawang (http://ssqs.moe.edu.my).
Guru IT login sebagai sekolah. Gunakan kod sekolah dan kata laluan 123 (default).

1a
Langkah 1

Langkah 2:
Selepas Login paparan di bawah akan didapati. Klik pilihan Profil Sekolah.

2 1
Langkah 2

Klik domain Lain-lain. Kemaskini data. Klik butang kemas kini.

3 1
Langkah 2

Klik butang MyDesktop untuk kembali ke halaman utama.

Langkah 3:                                                                                                                   Klik pada maklumat responden. Paparan di bawah akan ditunjukkan. Guru Penyelaras IT cetak paparan ini untuk dapatkan nombor tag bagi setiap responden. Catatkan nama guru yang diberi tanggungjawab menjawab SSQS di borang yang dicetak.

4 2
Langkah 3
Catatkan nama guru yang diberi tanggungjawab menjawab SSQS pada borang yang dicetak.

Langkah 4:
Klik Keluar untuk keluar ke halaman utama.

Langkah 5:

Untuk responden, sila login dengan menambah huruf R di kod sekolah.

Contoh –

Kod : BBA5008R (kod sekolah ditambah huruf R)
Kata Laluan: 123

5 1
Langkah 5

Langkah 6: Ikut arahan pada paparan.

  1. Klik Pilihan Pilih Responden.
  2. Masukkan nombor tag.
  3. Klik butang teruskan.
6 1
Langkah 6

Langkah 7:

Selepas berjaya log in sebagai responden, soalan SSQS mengikut domain akan dipaparkan.  Sekiranya soalan-soalan tidak habis menjawab, butang pada domain akan kekal merah.

Butang domain yang bertukar hijau bermakna responden telah selesai menjawab. Soalan yang berakhir dengan dengan tanda * adalah wajib dijawab. Klik butang simpan setiap kali selesai menjawab sesuatu domain.

7 2
Langkah 7

Anda dinasihatkan mencetak borang berkenaan setelah selesai mengisi semua soalan bagi memudahkan rujukan di masa hadapan.

8 2
Langkah 7

Akhir kata, diharapkan perkongsian ini dapat membantu guru-guru untuk mentadbir SSQS. Setiap tahun SSQS perlu dijalankan bagi menetapkan bintang pusat sumber setiap sekolah. Bagi setiausaha peperiksaan boleh rujuk SAPS untuk mengisi markah ujian.

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleEGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
Next articleContoh Minit Mesyuarat BOLEH DIEDIT
ssqsSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.