
SMPK ialah Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan. Sistem ini berfungsi untuk mengumpul data institusi prasekolah dan para pelajar. Sistem Maklumat Prasekolah ini adalah penting kerana ia berfungsi untuk memantau dan menilai pendidikan prasekolah secara telus dan tepat.
Kemas Kini:12/4/2021
Objektif Khas SMPK
Terdapat 3 objektif khas bagi Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan iaitu:
- Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
- Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
- Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.
Login SMPK Di Sini

Log In ke Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Matlamat Utama SMPK Dibina
Antara matlamat utama yang ingin dicapai melalui SMPK ialah:
- Pengumpulan maklumat murid-murid prasekolah 2009.
- Pengumpulan maklumat murid-murid prasekolah 2010.
- Permohonan pemilihan dan penempatan murid-murid Prasekolah 2011 dan tahun-tahun berikutnya.
- Pengurusan guru, PPM, dan Kelas Prasekolah 2011 dan tahun-tahun berikutnya.
- Penjanaan data prasekolah 2009 dan tahun-tahun berikutnya.
Rasional Pembangunan SMPK
- Tiada sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.
- Menggantikan kaedah kutipan data secara manual.
- Kepelbagaian format kutipan data dan maklumat.
- Mengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.
Hubungan SMPK dan ePrasekolah
Portal rasmi sistem maklumat prasekolah kebangsaan sebenarnya berfungsi seperti eOperasi bagi guru-guru prasekolah dan tadika. Ianya menjadi tempat pengurusan sekolah yang digunakan secara meluas oleh semua pentadbir dan guru. Para guru mesti mengemaskini maklumat-maklumat yang diperlukan sekiranya ada perubahan.
Manakala ePrasekolah pula lebih kepada APDM tetapi bukan untuk mencatatkan kehadiran. Sebaliknya untuk ibu bapa membuat pendaftaran anak-anak yang bakal memasuki dunia persekolahan tadika atau prasekolah pada tahun hadapan.
Peringkat Pengguna dan Agensi Pelaksana SMPK
Berikut merupakan peringkat pengguna dan agensi pelaksana di dalam sistem ini:
Peringkat Pengguna
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Jabaran Pelajaran Negeri (JPN)
- Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
- Institusi (Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta)
Peringkat Pelaksana
- Prasekolah sekolah-sekolah KPM
- Tadika KEMAS
- Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
- Tadika Swasta
Pengurusan Sistem Maklumat Prasekolah KebangsaanÂ
Berikut merupakan pengurusan SMPK yang terlibat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan:
- Guru Besar (Memantau pelaksanaan dan menyemak maklumat)
Jadual Kemaskini : Januari, April, Julai dan Oktober
2. Guru Prasekolah (Mengisi dan mengemaskini data apabila berlaku proses pergerakan guru, ppm dan murid)
- Institusi
- Guru
- PPM
- Kelas
- Murid
3. Pembantu Pengurusan Murid (Membantu guru prasekolah mengisi dan mengemaskini data di dalam aplikasi Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan)
4. Guru ICT/Guru Data (Membantu di dalam penyediaan penggunaan ICT dan internet)
Permasalahan dan Aduan Mengenai Sistem ePrasekolah
Sekiranya ada sebarang aduan berhubung masalah Sistem ePrasekolah, anda boleh hubungi di alamat emel Helpdesk ePrasekolah: eprasekolah@moe.gov.my
Akhir kata, perkongsian mengenai SMPK Login Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan ini dapat menerangkan tentang tujuan utama sistem ini diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, sistem ini seharusnya sentiasa digunapakai dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memartabatkan sistem pendidikan negara.