
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) . SKPM terkini merupakan gubahan terbaru dari SKPM 2010 yang dikenali SKPM gelombang kedua.
PENGENALAN SKPMg2 yang disiarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan jaminan kualiti ini merupakan garis ukur bagi menilai tahap kualiti sistem pendidikan di Malaysia.
Faktor faktor yang diambil kira dalam SKPM adalah kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, Pembelajaran dan Pemudahcaraan dan Kemenjadian Murid.
Standard 1 Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya
menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP.
Menekankan peranan PGB sebagai Peneraju, Pembimbing dan juga Pendorong.
Standard 2 Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah dikendalikan secara berkesan dan menitik berat potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk mengembangkan kelancaran pengoperasian sekolah.
Aspek 2.1:Pengurusan Sumber Manusia
Aspek 2.2:Pengurusan Aset
Aspek 2.3:Pengurusan Kewangan
Aspek 2.4:Pengurusan Sumber Pendidikan
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum
Pengurusan bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid secara cekap dan efektif untuk membina murid yang lengkap meliputi segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan visi sekolah.
ASPEK 3.1.1: Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
ASPEK 3.1.2:Pengurusan Mata Pelajaran
ASPEK 3.1.3:Pengurusan Masa Instruksional
ASPEK 3.1.4:Pengurusan Penilaian Murid
Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum
ASPEK 3.2.1:Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
ASPEK 3.2.2: Pengurusan Kelab/Persatuan
ASPEK 3.2.3:Pengurusan Badan Beruniform
ASPEK 3.2.4:Pengurusan Sukan/Permainan
ASPEK 3.2.5:Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
ASPEK 3.2.6:Pengurusan Sukan Untuk Semua
Aspek 3.2.7:Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
Standard 3.3 Hal Ehwal Murid
Untuk melahirkan pelajar yang lengkap dan stabil dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial selaras dengan visi sekolah.
Aspek 3.3.1:Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Aspek 3.3.2: Pengurusan Disiplin Murid
Aspek 3.3.3: Pengurusan Keselamatan Murid
Aspek 3.3.4: Pengurusan Kesihatan Murid
Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Aspek 3.3.6:Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru sebagai pemudah cara dalam PdP secara berkesan bagi meningkatkan kemampuan murid secara menyeluruh dan pencapaian optimum murid konsisten.
ASPEK 4.1: Guru Sebagai Perancang
ASPEK 4.2: Guru Sebagai Pengawal
ASPEK 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
ASPEK 4.4 Guru Sebagai Pendorong
ASPEK 4.5: Guru Sebagai Penilai
ASPEK 4.6:Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Standard 5 : Kemenjadian Murid
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
ASPEK 5.1: KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIK
5.1.1 Peratus Murid Mencapai Matlamat Tahunan Individu yang Ditetapkan dalam Tahun Terkini (Murid Berkeperluan Khas)
5.1.2 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Rendah (UPSR)
5.1.3 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Menengah (SPM)
ASPEK 5.2: KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM
5.2.1 Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan
5.2.2 Gred Purata Sekolah dalam Badan Beruniform
5.2.3 Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan
ASPEK 5.3: KEMENJADIAN SAHSIAH MURID
5.3.1 Purata Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah bagi Tahun Terkini.
5.3.2 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Ringan) bagi Tahun Terkini.
5.3.3 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Sederhana) bagi Tahun Terkini.
5.3.4 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Berat) bagi Tahun Terkini.
Dapatkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â
STANDARD 2-Pengurusan Organisasi
STANDARD 4-Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Semoga para guru boleh jadikan rujukan pada bahagian Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 dan sebarkan pada rakan rakan guru lain yang masih tidak jelas dengan sistem ini.
Sebagai tambahan, sila rujuk perkembangan terkini sistem pendidikan di malaysia iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan juga Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Sekian Terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum