Silap Langkah Kita Boleh Dipenjara Gara-gara WhatsApp

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
Silap Langkah Kita Boleh Dipenjara Gara-gara WhatsApp
Silap Langkah Kita Boleh Dipenjara Gara-gara WhatsApp

Silap Langkah Kita Boleh Dipenjara Gara-gara WhatsApp. Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini. Kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung menggantikan panggilan dan sms. Namun yang demikian, semua perlu berhati-hati kerana daripada aplikasi ini kita boleh melakukan jenayah yang boleh diberi hukuman penjara.

Apa itu WhatsApp?

WhatsApp adalah aplikasi messenger yang terdapat dalam telefon pintar seperti BlackBerry Messenger. WhatsApp Messenger adalah aplikasi memberi pesanan ringkas yang tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menghantar SMS. Hal ini kerana WhatsApp Messenger menggunakan data internet yang sama seperti email, browsing web dan lain-lain.

Pengguna dapat berkongsi maklumat, dokumen, gambar, audio dan bermacam lagi hanya menggunakan aplikasi ini. Terdapat juga kemudahan seperti audio call dan video call yang percuma tetapi perlu mempunyai data internet. Pada hari ini banyak syarikat komunikasi yang menawarkan plan mampu milik untuk melanggan internet.

Melalui WhatsApp juga pengguna boleh mewujudkan kumpulan sembang. Hal ini sesuai untuk mengumpulkan ahli-ahli keluarga, kawan-kawan, organisasi atau rakan perniagaan untuk berkongsi maklumat atau untuk berhubung. Oleh yang demikian, sekiranya ada maklumat atau bahan yang hendak dikongsikan, hanya perlu menghantar secara kumpulan tanpa perlu menghantar secara individu.

Maklumat sangat cepat dan pantas akan tersebar dengan menggunakan aplikasi ini. Perkataan’Viral’ tidak asing lagi pada hari ini. Rakyat Malaysia menggunakan aplikasi ini untuk menyebarkan maklumat. Namun yang demikian, daripada aplikasi inilah maklumat negatif dan tidak benar turut mudah tersebar.

Admin WhatsApp Boleh Dipenjara

Dalam menyebarkan maklumat, pengguna perlu berhati-hati. Maklumat yang hendak disebarkan perlu diperiksa kebenarannya. Sekiranya tidak sahih jangan sesekali kita menyebar maklumat itu. Hal ini kerana salah daripada segi undang-undang.

Merujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia1998. Berkenaan penyebaran maklumat tidak benar, fitnah, hasut, menipu dalam kalangan ahli. Pihak admin berhak mengeluarkan anda atau ‘Remove ahli-ahli yang membuat kesilapan tanpa prejudis.

Oleh yang demikian jangan terlalu ghairah menyebarkan maklumat tanpa ada sebarang usul periksa. Maklumat yang palsu dan tidak benar akan mengundang kepada berlakunya perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, perpaduan antara kaum mudah terjejas dengan penyebaran maklumat palsu melibatkan pelbagai kaum.

Keratan Akhbar

Di Daerah Varanasi di India juga telah mengumumkan pelaksanaan hukuman penjara kepada pentadbir kumpulan WhatsApp yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu oleh mereka sendiri atau ahli, berdasarkan undang-undang jenayah siber, Akta Teknologi Maklumat dan Kanun Keseksaan.

Daripada sini negara luar juga memandang serius mengenai hal ini. Perkara ini memang terbukti dapat merosakkan keamanan negara dengan berita-berita palsu yang disebarkan.

Berita Daripada Akhbar

Datuk Jailani Johari yang dipetik Berita Harian berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk pelbagai kesalahan, termasuk penyebaran berita palsu, berbaur fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang, iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan, sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit, bergantung kepada fakta dan keterangan setiap kes.

“Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan,” katanya dipetik akhbar itu semalam.

Ulasan Datuk Jailani Johari

Semua perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan jangan sampai ‘nasi menjadi bubur’. Menyesal dikemudian hari tidak lagi berguna. Admin pasti tiada seorang pun sanggup untuk masuk ke dalam penjara atas kesalahan penyebaran maklumat palsu melalui aplikasi whatsApp.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong kami. Selain daripada memaparkan berita terkini, SGO juga menyediakan koleksi soalan-soalan dan juga nota-nota padat. Muat turunlah secara percuma.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistemguruonline