Semakan Keputusan IPG bagi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ke PISMP

Semakan Keputusan IPG bagi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ke PISMP
Semakan Keputusan IPG bagi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ke PISMP

Semakan Keputusan IPG ini adalah khas untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menjalani ujian UKCG atau Ujian Kelayakan Calon Guru. Permohonan Calon Guru PISMP 2017 yang anda telah isi itu telah di tapis mengikut permohonan anda dan barulah anda dipanggil ke UKCG jika layak. Selepas itu, barulah anda dipanggil untuk di temuduga.

Login Semakan Keputusan IPG ke UKCG

Semakan Calon Berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dilakukan mulai  6.00 petang (4 April 2017)  hingga 11.59 malam (14 April 2017).

keputusan temuduga ipg

> Login PISMP <

Login disini ke PISMP.MOE

Tapisan Temuduga Permohonan PISMP di IPG

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.

Apa itu Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG

Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :
A. SESI UJIAN BERTULIS.

  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab dalam 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL .

  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon Pendidikan Jasmani MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon.

Berjaya UKCG dan Anda di Panggil ke Sesi Temu Duga

  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
  • Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga.

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Semakan Keputusan IPG ke PISMP

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Pendaftaran ke IPG bagi PISMP 2017

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

BIL
PROGRAM
TARIKH PENDAFTARAN
1
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
10 Julai 2017

Perjanjian Pendidikan Guru

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum