
Sekolah Kawalan ialah sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di mana Konsep sekolah kawalan ini pula adalah untuk mewujudkan dan memantapkan kecergasan dan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada yang lebih baik dan seterusnya ke tahap cemerlang.
Ia juga antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini untuk setanding dan setara dengan negara maju yang lain seperti Jepun.
Jenis Sekolah Kawalan
Terdapat 6 jenis dan senarai sekolah kawalan yang ada di Malaysia iaitu :
- Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Kelas Kawalan/ Kelas Premier
- Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
- Kelas Aliran Agama (KAA)
Bagi Kelas Rancangan Khas (KRK), objektif penubuhan KRK adalah kerana penubuhan sekolah SBP dan MRSM bagi pelajar-pelajar cemerlang seluruh Malaysia.
Namun, peningkatan jumlah pelajar yang cemerlang di dalam UPSR setiap tahun tidak dapat ditampung oleh SBP dan MRSM. Oleh itu, bagi pelajar yang tidak berjaya untuk ditempatkan di mana-mana sekolah SBP atau sekolah MRSM, akan terpilih untuk bersekolah di sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK). Untuk maklumat selanjutnya mengenai KRK, anda bolehlah klik DISINI
Kepada pelajar-pelajar Tahun 6 lepasan UPSR 2016 yang berminat untuk daftar permohonan sekolah kawalan Menengah Tingkatan 1 boleh mengemukakan permohonan di pautan yang disediakan di bawah.
Cara Memohon
Pelajar boleh meminta bantuan daripada guru kelas atau guru kaunseling untuk mengisi borang atau memohon. Ibu bapa juga perlu berperanan dalam megisi rborang permohonan. Semua pengisian perlu diisi secara online. Sekiranya ibu bapa tidak tahu boleh rujuk guru-guru di sekolah.
Guru-guru dan ibu bapa boleh klik link di bawah untuk membuat permohonan sekolah kawalan:
Sekiranya guru-guru atau ibu bapa mempunyai masalah boleh rujuk panduan untuk mengisi permohonan:
Semakan Permohonan
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh membuat semakan melalui secara atas talian. Oleh yang demikian guru-guru atau ibu bapa perlu peka dengan tarikh yang akan diumumkan keputusan supaya tidak terlepas untuk membuat semakan.
Semakan juga boleh dibuat dengan menggunakan sisitem pesanan ringkas (SMS).Ikuti cara seperti di bawah:
Taipkan: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR
Contoh: MOE SKKAWALAN ZZ0000001 hantar ke 15888
Untuk sebarang pertanyaan mengenai sekolah kawalan boleh klik Disini untuk melihat senarai sekolah dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Ini dapat memudahkan pihak berkenaan untuk berurusan.
FAQ
Jika ada soalan atau pertanyaan boleh rujuk jawapan di bawah sebagai panduan.
- Mengapakah Sistem pendaftaran talian ini diwujudkan?
- Menudahkan permohonan ke sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi online.
2. Bagaimanakah sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke sekolah kawalan.
3. Siapakah dibenarkan mendaftar sebagai pengguna?
- Ibu bapa dan penjaga
4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna?
- Tekan pengguna baru, Isi semua medan daftar pengguna, Tekan daftar rujukan: Manual pengguna
5. Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
- Sila daftar semula dengan menggunakan no Mykad yang betul.
6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan lupa kata laluan, Isi semua medan maklumat diri dan maklumat akuan, Semak Jawapan
7. Bagaimanakah jika saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan?
- E-mel kepada pihak admin.
Diharapkan maklumat yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat embantu guru-guru dan ibu bapa dalam memohon sekolah kawalan kepada anak mereka. SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.