Sejarah Tingkatan 4 Pelbagai Nota Mengikut Bab dan Soalan Latihan

Sejarah Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 merupakan satu subjek yang sangat menarik. Pada masa yang sama ianya juga satu subjek yang boleh dikatakan sangat mencabar. Namun, sudah menjadi keperluan untuk murid belajar kerana subjek Sejarah adalah subjek wajib lulus di dalam peperiksaan SPM bermula tahun 2013.

Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara. Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia sebagai usaha untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik. – Sinar Harian.

10 Bab Subjek Sejarah Tingkatan 4

Sejarah tingkatan 4 ini dibahagikan kepada bab-bab pembelajaran yang lebih kecil. Terdapat 10 bab utama yang murid perlu kuasi. Walaupun nampak seperti banyak, tetapi bab-bab tingkatan 4 untuk subjek sejarah ini sebenarnya sangat menarik kerana ianya berkisarkan tentang pelbagai tamadun lama.

Mari kita lihat satu-satu apa 10 bab utama tingkatan 4 bagi subjek sejarah ini.

  • Bab 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
  • Bab 2 : PENINGKATAN TAMADUN
  • Bab 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
  • Bab 4 : KEMUNCULAN TAMADUN DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
  • Bab 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
  • Bab 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
  • Bab 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA
  • Bab 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
  • Bab 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
  • Bab 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Perkembangan silibus tingkatan 4 ini bermula dengan pengenalan asas kepada tamaduan awal manusia. Kemudian ianya berkembang kepada peningkatan tamadun dan seterusnya fokus kepasa tamadun awal asia tenggara.

Selepas itu, pembelajarn berfokus kepada tamadun islam, kerajaan islam dan sumbangannya sebelum balik semula ke asia tenggara. Dari situ, barulah kita masuk ke negara kita Malaysia.

Kemudian, sedikit pembelajaran mengenai eropah kerana ianya mempunyai hubung kait yang kuat dengan sejarah di negara kita. Oleh sebab itu, kita akan belajar mengenai dasar British yang akhirnya membawa kesan kepada sosio ekonomi negara kita sehinggalah sekarang.

Penyusunan silibus sejarah tingkatan 4 ini dilihat sangat tersusun. Mari admin kongsikan nota-nota padat khas untuk subjek sejarah ini.

Nota Sejarah Tingkatan 4

Nota sejarah ini sebenarnya sesuai untuk dijadikan panduan kepada murid tingkatan 4 dan 5 bagi menghadapi peperiksaan. Ingat, teknik belajar yang terbaik ini ada banyak dan antara yang paling efektif ialah dengan membuat nota sendiri bukannya mencetak nota. Jadikan nota yang dibekalkan oleh Sistem Guru Online ini sebagai panduan dan buatlah nota ikut kefahaman dan kebolehan masing-masing.

Berikut admin kongsikan nota sejarah tingkatan 4.

Nota-nota ini mungkin terlalu terperinci, jadi murid-murid semua boleh buatkan nota sendiri yang anda mudah faham atau mungkin boleh buat peta minda seperti di bawah ini.

Peta Minda Mudah Hafal Sejarah Tingkatan 4

Konsep peta minda ialah ringkas dan padat. Teknik yang digunakan ialah mengaplikasi 8 peta pemikiran ithink yang telah kita semua pelajari. Dari teknik peta ithink, tambahkan juga warna-warni dan gambar supaya nota lebih ceria.

Ingatlah bahawa ada warna-warna yang dapat membantu menambah ingatan murid. Jadi, semasa membuat peta minda gunakan pen yang pelbagai warna. Jangan malas, ianya untuk kejayaan anda bukan kejayaan orang lain! Betul kan?

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 1

Peta Minda Nota Sejarah Bab 1
Peta Minda Nota Sejarah Bab 1

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 2

Peta Minda Nota Sejarah Bab 2
Peta Minda Nota Sejarah Bab 2

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 3

Peta Minda Nota Sejarah Bab 3
Peta Minda Nota Sejarah Bab 3

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 4

Peta Minda Nota Sejarah Bab 4
Peta Minda Nota Sejarah Bab 4

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 5

Peta Minda Nota Sejarah Bab 5
Peta Minda Nota Sejarah Bab 5

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 6

Peta Minda Nota Sejarah Bab 6
Peta Minda Nota Sejarah Bab 6
Peta Minda Nota Sejarah 6 ke 2
Peta Minda Nota Sejarah 6 ke 2

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 7

Peta Minda Nota Sejarah Bab 7
Peta Minda Nota Sejarah Bab 7

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 8

Peta Minda Nota Sejarah Bab 8
Peta Minda Nota Sejarah Bab 8

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 9

Peta Minda Nota Sejarah Bab 9
Peta Minda Nota Sejarah Bab 9

Peta Minda Nota Sejarah Form 4 Bab 10

Peta Minda Nota Sejarah Bab 10
Peta Minda Nota Sejarah Bab 10
Peta Minda Nota Sejarah Bab 10 ke 2
Peta Minda Nota Sejarah Bab 10 ke 2
Peta Minda Nota Sejarah Bab 10 ke 3
Peta Minda Nota Sejarah Bab 10 ke 3

SUMBER: GURU-GURU SEJARAH PITOS USM

Pelbagai Latihan dan Soalan untuk Sejarah SPM

Pelbagai soalan di Sistem Guru Online yang guru-guru dan murid semua boleh dapatkan. Untuk kali ini, admin nak kongsikan beberapa yang menarik kerana semestinya ianya menjurus kepada peperiksaan bulanan atau peperiksaan besar seperti akhir tahun mahupun SPM sebenar.

Ilmu Tambahan Buat Guru dan Murid [ Luar Konteks Pembelajaran Sekolah ]

https://www.youtube.com/watch?v=-VFS4paLzYk

 

Apa yang anda fikirkan sekarang selepas menonton video ini? Kongsikan pandangan anda pada bahagian komen di bawah ini.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

REVIEW OVERVIEW
Bahan boleh di download
Bahan boleh di cetak
Kesesuaian menjadi bahan pembelajaran
Previous articleMakanan Seimbang
Next articleKeputusan EG Tukar Mengikut Rangka Jadual Tahun 2017
sejarah-tingkatan-4Perkongsian ini sangat bagus. Bahan yang dikongsikan ini sesuai dengan tahap murid dan diharap mampu memberikan impak positif dalam pembelajaran mereka.Apa yang penting, perkongsian ini telah banyak membantu murid-murid untuk lebih cemerlang dalam pelajaran mereka. Guru-guru juga seronok kerana bahan mudah di akses dan ibubapa turut teruja dapat membantu anak-anak belajar.