Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan
Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan rumah penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kakitangan awam yang ingin bercuti dalam masa yang sama dapat berjimat kerana kos sewa yang murah.

Bercuti merupakan satu aktiviti riadah yang akan dilakukan oleh semua yang bujang atau yang sudah berkeluarga. Bercuti merupakan salah satu cara untuk lepaskan semua tekanan kerja dan meneutralkan kembali minda yang telah penat bekerja.Boleh rujuk jadual cuti sekolah untuk merancang percutian dan jadual gaji untuk merancang perbelanjaan.

Bagi penjawat awam, satu kemudahan iaitu rumah peranginan persekutuan kerajaan yang ramai tidak mengetahuinya. Disini Sistem Guru Online akan bantu semua penjawat awam dalam memberikan penerangan mengenai kemudahan ini.

Kelayakan Memohon RPP

Kelayakan untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah:

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan
  2. Perkhidmatan Awam Negeri
  3. Pesara yang memiliki kad pesara kerajaan Malaysia

Kategori RPP

Terdapat 2 kategori untuk RPP iaitu kategori Premier dan Eksekutif.

  1. Rumah kategori Premier hanya boleh diduduki oleh penjawat awam Gred 48 dan ke atas sahaja.
  2. Rumah kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.

Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Lokasi RPP (premier) adalah di dalam negeri dan di luar negara

  1. Dalam Negeri
  • RPP Bukit Fraser (The Lodge)
  • RPP Tanjung Tuan
  • RPP Cameron Highlands

2. Luar Negara

  • RPP Singapura
  • RPP Labuan
  • RPP London
l
Rumah Peranginan Persekutuan Primier

Lokasi rumah penginapan persekutuan (Eksekutif) adalah di dalam negara sahaja

  • RPP Bukit Fraser
  • RPP Morib
  • RPP Cameron Highlands
  • RPP Port Dickson
  • RPP Pulau Langkawi
  • RPP Tasik Kenyir
  • RPP Pulau Pinang
j
Rumah Peranginan Eksekutif

Kadar Sewa

Kadar sewa adalah mengikut jenis rumah yang mahu disewa. Terdapat beberapa jenis iaitu bunglow, rumah teres, apartmen, Apartmen studio dan sebagainya.  Rujuk gambar di bawah untuk melihat kadar sewa:

  1. Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Premier

    mh
    Primier

    2. Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif

    bp

Cara Tempah Online

Sistem Guru Online juga akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) kerajaan secara online menerusi SBBPH.

1 – Sila kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar untuk menggunakan sistem tempahan online ini. Pendaftaran mudah dan senang sahaja apabila selesai, satu email pengesahan yang mengandungi kata laluan (password) sementara akan dihantar kepada anda.

q

2 – Kemudian barulah anda boleh LOGIN ke laman SBBPH dengan menggunakan myID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti dibawah akan muncul.

w

3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya LOGIN. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.

e

4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan iaitu:

Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Cameron Highlands
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Morib
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Pinang
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Tasik Kenyir

5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda akan dikehendaki memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.

y

6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.

d

7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman anda, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).

Apakah Caj RPP?

Caj RPP ini adalah lebih murah daripada hotel-hotel yang mempunyai 5 bintang. Harga bilik bermula sekitar RM100 sehari bagi apartment 2 bilik. Jika ada yang ingin menggunakan kemudahan lain seperti bilik mesyuarat dan dewan makan, caj penambahan akan dikenakan.

Percutian yang dilakukan di RPP akan dapat memberikan penjimatan yang berganda kepada penjawat awam yang memohon RPP ini.

Tarikh Pembukaan Tempahan Online Rumah Penginapan Persekutuan

 

Penempahan secara online dibuka tiga kali tahun sahaja berdasarkan jadual di atas. Oleh yang demikian penjawat awam perlu merancang terlebih dahulu. Rancang percutian dengan betul supaya tidak terlepas menikmati kemudahan ini.

Pihak Sistem Guru Online berharap maklumat ini dapat membantu semua penjawat awam dalam memilih dan menempah rumah peranginan persekutuan. Rancanglah percutian anda bersama keluarga. Sistem Guru Online mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong kami.

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleRelevenkah sistem Punchcard Murid?
Next articleSenarai dan Cara Memohon ke Kolej Vokasional
rumah-peranginan-persekutuanJika anda ingin bercuti dan menginap di rumah peranginan persekutuan ini pastikan anda membuat tempahan awal. Ini keran anda perlu tahu bahawa walaupun rumah peranginan persekutuan ini ada banyak di seluruh Malaysia, tetapi ianya terhad dan pegawai kerajaan yang layak juga ramai.Jadi semoga berjaya.