Relevenkah sistem Punchcard Murid?

Punchcard murid

Punchcard Murid? Adakah ianya relevan?. Berikut merupakan isu semasa yang telah diutuskan dalam Harian Metro.

Sila rujuk posting asal harian metro seperti di bawah. Murid pun wajib ‘punch card’

sumber : harian metro
sumber : harian metro

Mengikut gambar diatas, ia menceritakan Sekolah di Kuala Nerus yang menjadi sekolah pertama menggunakan mesin perakam waktu untuk merekodkan kehadiran murid.

Sistem ini dilaksanakan dikatakan bertujuan untuk meningkatkan disiplin murid murid sekolah.

Relevankah Pelaksanaan Ini?

Apakah pendapat guru sekalian? Wajarkah kita perkenalkan sistem ini di seluruh sekolah? Adakah ia sesuai seiring dengan tujuan kawalan disiplin?

Sekiranya penggunaan ‘punchcard’ dilaksanakan apakah masalah yang akan timbul. Selain itu sejauh manakah keberkesanannya dalam mengatasi masalah disiplin pelajar pelajar.

“Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA),”

Berikut merupakan ungkapan perekodan sistem ini. Bagi pendapat admin SGO, kami merasakan sistem ini dilihat mudah namun pelaksanaannya rumit sekali.

Sempatkah kita sebagai guru nak tengok siapa yang datang lambat ataupun setiap punch card itu dicetak oleh pemilik kad itu sendiri.

Kemudian, pelajar pelajar juga terpaksa ada yang datang awal kerana tidak mahu beratur panjang bukan.

Bagaimanakah kesannya terhadap beban kerja guru?

Kita sebagai guru pula kena mengira setiap satu murid yang hadir. Bukan pula hanya mengira murid yang tidak hadir ataupun lewat.

Ini semua menyebabkan bertambah lagi kerja kerja guru sebab perlu memeriksa seluruh kad siapa yang datang awal atau lambat.

Kami merasakan resah berkenaan idea punch card ini. Bukan apa, kebanyakan pelaksanaan pendidikan di negara kita terlalu banyak.

Biasanya pelarasan atau cadangan seharusnya mengambil kira secara menyeluruh mengaitkan total kerja guru sedia ada, dengan tambahan pelaksanaan yang baru.

Bukankah kita sudah cukup keliru dengan pelbagai Sistem Online untuk merekodkan aktiviti murid dan pelbagai lagi. Macam mana pula dengan pelaksaan punchcard pula.

Kami merasakan jika cadangan pelaksanaan diumumkan, seharusnya ada juga sebahagian aktiviti sedia ada dimansuhkan.

Agar gerak kerja dengan beban itu mencapai objektif utama pendidikan di sekolah. Jadi apakah pendapat guru guru sekalian dengan sistem punchcard murid murid?

Hati berasa tidak berapa tenang dengan idea ini. Sebagai sampingan mari lihat bila kita akan dapat gaji bagi Tahun ini agar boleh menyejukkan hati kita.

Rujuk Post ini : Jadual Gaji Guru 2017

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum