
Pusat Sumber (PSS) Idaman Sekolah. Setiap sekolah pasti mahukan PSS yang cemerlang dan berkesan bagi memastikan keselesaan murid. Setiap sekolah wajib mempunyai satu PSS sebagai gedung ilmu.
Setiap sekolah pasti ada seorang guru penyelaras PSS dan dibantu oleh pengawas PSS yang telah dilantik. PSS akan beroperasi dengan aktif sekira penggerak pusat sumber itu bergerak aktif.
Sekiranya pusat sumber cantik dan selesa tetapi tidak aktif, objektif penubuhan pusat sumber itu masih belum tercapai. Oleh yang demikian, guru yang dilantik sebagai penyelaras PSS harus merancang pelbagai aktiviti bagi menghidupkan PSS di sekolah. Guru penyelaras di beri peruntukan masa yang sedikit mengikut keperluan bagi memastikan dapat menggerakkan pusat sumber.
Setiap tahun pusat sumber sekolah perlu mengisi SSQS secara online untuk menentukan bintang bagi PSS. Oleh yang demikian guru pusat sumber harus mewujudkan suasana PSS serta pengurusan yang telah diberikan garis panduan.
Peranan PSS
Pusat sumber sekolah (PSS) adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. PSS memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya :
- PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
- PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk pengusaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Peranan ini perlu dimainkan oleh guru PSS dan memastikan ianya dijalankan dengan sebaik yang mungkin. Guru PSS boleh dibantu oleh guru-guru yang lain bagi menjalankan peranan ini. Penubuhan ahli jawatankuasa perlu dibuat bagi membantu guru PSS menjalankan aktiviti yang dirancang.
Konsep PSS
- Merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan kepada darjah.
- Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.
- Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.
- Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.
Objektif PSS
- Kecemerlangan pendidikan
- Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
2. Penggunaan Kemudahan
- Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak bergantung kepada buku teks dan kaedah traditional sahaja.
3. Memupuk Tabiat Membaca
- Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
4. Penghasilan Bahan
- Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Perkhidmatan pembelajaran
- Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
6. Kemahiran Maklumat
- Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

Ciri-ciri PSS Berkesan
- Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah.
- Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus PSS
- Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan PSS dijalankan sepanjang tahun.
- Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke PSS untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.
- Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.
- Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.
- Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
Pusat Sumber Idaman
Sebelum ini SGO pernah menulis artikel mengenai kantin yang sangat bersih dan cantik yang boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain. Kali ini SGO ingin memberi pujian kepada sebuah sekolah yang sangat bersungguh-sungguh dalam mewujudkan sebuah pusat sumber yang cantik dan selesa untuk pelajar-pelajar.


Usaha guru-guru SMK Kelapa Sawit dalam mengumpul dana bagi mewujudkan sebuah PSS bertemakan Classic Europe itu harus dipuji. Usaha yang tinggi pasti akan membuah kejayaan. Usaha itu tangga kejayaan. Budget perbelanjaan hampir 38 000 untuk mewujudkan PSS itu dapat dikumpulkan. Sumbangan itu datang dari perstuan PIBG, Syarikat tempatan dan daripada syarikat yang berminat untuk memberi sumbangan.


Gambar-gambar yang dimuat turun menjadi perhatian kepada guru-guru yang lain untuk mewujudkan PSS seperti ini. Ini merupakan satu persaingan postif bagi sekolah yang ingankan PSS meraka sertanding dengan PSS SMK Kelapa Sawit.
Walau bagaimapaun, guru PSS tidak semata-mata hanya fokus kepada keceriaan PSS tetapi perlu juga memikirkan cara bagaimana untuk menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti di pusat sumber. Keceriaan ini merupakan satu faktor yang dapat membantu murid untuk berkungjung ke PSS.
Akhir kata, SGO mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMK Kelapa Sawit, Kulai, Johor kerana telah mewujudkan PSS yang menjadi idaman kepada semua sekolah. Sempga usaha ini menajdi pemangkin semangat kepada sekolah-sekolah lain untuk mewujudkan PSS yang hebat seperti ini.
Sedikit quotes di petik dari fb Nurlita Ahmad Jazuli
Transformasi perpustakaan alaf baru smk kelapa sawit, Kulai Johor. Bertemakan classic Europe. Fefeeling oversea.
‘A treat for local students’ – Rick Metzey.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook