
Kalendar Puasa Sunat Tahun 2017. Assalamualaikum sahabat guru dan pelawat Sistem Guru Online sekalian.
Pada posting kali ini, kami akan berkongsikan Kalendar yang dibina oleh kami sendiri bagi Puasa Sunat Tahun 2017.
Berikutan Posting kami yang terdahulu, sedari kita menghampiri pada bulan ramadhan, jadi kami merasakan peluang yang baik sekiranya kita punyai kalendar sebagai rujukan untuk berpuasa.
Sila rujuk posting :Â Panduan Cara Ganti Puasa dan Puasa Enam Syawal.
Senarai Penuh Puasa Sunat Tahun 2017
Sebagai asas dalam pembinaan kalendar ini, kami telah merujuk pada satu blog dari Indonesia iaitu pada sumber ini :Â http://www.hasanudin.id/2017/01/kalender-puasa-tahun-2017.html
Pengesahan Tambahan kepada Tarikh
Kami juga telah memeriksa tarikh tarikh yang dinyatakan dengan takwim JAKIM sendiri pada laman website mereka.
Link Post : Kalendar dan Takwim JAKIM
Sudah pasti segala tarikh dan anggaran yang diletakkan disini sekadar asas pengiraan ataupun kaedah falak sahaja.
Apabila hari yang sebenar berbaki 2 atau 1 hari biasanya akan terdapat pencerapan anak bulan bagi memastikan rukyah hilal. Perkara ini terbabit bagi penentuan hari raya umpamanya.
Rekabentuk Jadual Puasa 2017
Kalendar yang telah dibina adalah seperti seni bina di bawah. Untuk mendapatkan bahan yang lebih jelas, silakan klik pada pautan muat turun yang telah disediakan pada kotak download di bawah.
Ianya bertujuan pencetakan secara ‘hardcopy’ dan boleh dilampirkan di mana mana sudut yang kita berkenan.
Dapatkan Jadual Puasa & Puasa Sunat Tahun 2017Â disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â Kalendar Puasa 2017
Dapatkan Blank Form Kalendar Boleh Diedit disini
Bahan ini adalah dalam format ‘Microsoft Words’
Download :Â Blank Form Kalendar
Tujuan Kalendar Puasa 2017
Mudah Menjejaki Hari Puasa
Setiap kita punyai niat berpuasa yang berbeza beza. Mungkin berpuasa sunat, mungkin menggantikan puasa, ataupun mungkin cuba berlatih puasa bagi anak anak kecil.
Oleh itu, kalendar sebegini kami merasakan boleh membantu manfaatkan tujuan kita tersebut. Disamping itu, ia juga menyatakan hari hari yang diharamkan berpuasa pada kalendar ini.
Anda boleh melihat bahagian yang ditandakan dengan kotak ‘hitam’.
Sebarkan untuk memudahkan urusan bersama
Sekiranya anda merasakan bahan ini baik ataupun membantu walaupun sedikit. Kami benarkan anda berkongsikan bahan ini.
Agar kebaikan dapat kita kongsikan bersama dan membantu sahabat sahabat kita sekalian.
Sebagai tambahan, jangan lupa kita juga boleh mencipta jadual lain yang kita mahukan. Untuk itu sila dapatkan ‘blank form’ kalendar yang telah disediakan kami juga pada bahagian muat turun yang disediakan.
Post lain :Â Kalendar Gaji dan Cuti Tahun 2017
Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum