60% maksimum Potongan Gaji Penjawat Awam.

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
60% maksimum Potongan Gaji Penjawat Awam.
60% maksimum Potongan Gaji Penjawat Awam.

60% maksimum Potongan Gaji Penjawat Awam. Jabatan Akauntan baru sahaja memaklumkan maksimum potongan gaji terbaru bagi Penjawat Awam. Terlebih dahulu mari admin Sistem Guru Online kongsikan potongan ‘snapshot’ di bawah.

Notis ini telah diwar warkan menerusi laman rasminya e-Penyata gaji berkenaan potongan gaji ini bermula April 2017.

Potongan Gaji Penjawat Awam?

Apakah itu Potongan Gaji Penjawat Awam? Di sini admin Sistem Guru Online (SGO) akan berceritakan lanjut mengenai Potongan gaji penjawat awam.

Ianya mengenai sebarang komitmen bulanan yang telah kita sahkan secara rasminya di dalam penyata gaji kita.

Terdapat beberapa potongan komitmen yang boleh dinyatakan dalam penyata gaji kita umpamanya ANGKASA, PTPTN- Potongan Gaji, LPPSA dan lain lain lagi yang berkenaan.

Apakah itu contoh potongan yang boleh dilakukan melalui agensi agensi yang dinyatakan diatas?

ANGKASA – Pembiayaan Peribadi Staf Perkhidmatan Awam

PTPTN – Pembayaran balik Pembiayaan PTPTN Secara Potongan Gaji Bulanan

LPPSA – Pembiayaan Perumahan bagi Staf Perkhidmatan Awam

Dapatkan Panduan Membuat Pembiayaan bagi Staf Kerajaan disini


Disini admin nak kongsikan link tersebut. Sila klik pada link yang telah disediakan.

Pinjaman Melalui ANGKASA : Sistem Kewangan ANGKASA

PTPTN : Permohonan Potongan Gaji Pembayaran PTPTN

 

60% Pemotongan Gaji

Cara Pengiraan

Secara mudah SGO akan berkongsikan cara pengiraan bagaimana had pembiayaan bulanan dimaksudkan dari posting ini.

Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa limit pembiayaan potongan gaji adalah lebih tinggi dari 60 peratus. Dari April, kita hanya mampu mendaftarkan pembiayaan maksimum 60% sahaja.

Contohnya jika pendapatan kasar kita adalah RM 5,000. Hanya RM 3,000 maksimum yang boleh ditolak secara automatik setiap bulan

Apakah itu Pendapatan Kasar?

Sila rujuk slip gaji anda dan lihat pada bahagian yang telah ditanda diatas. Jadi sejumlah 60% yang akan dikira adalah digandingkan dengan pendapatan kasar ini.

Kelebihan dan Kekurangan sistem 60% Potongan Gaji?

Kelebihan

  1. SGO merasakan limit yang diperkenalkan ini mampu mengawal sikap belanjawan staf perkhidmatan awam. Kerana seperti saranan golongan kewangan, komitmen bulanan kita hendaklah kurang dari 60%.
  2. Sikap berhati hati dalam mengenal pasti belanja yang penting dan tak penting boleh dioptimumkan.

 

Kekurangan

  1. Pinjaman kooperasi perkhidmatan awam dengan ANGKASA contohnya terpaksa dikurangkan. Seperti yang diketahui umum, pinjaman melalui ANGKASA jauh lebih baik dari pinjaman dari bank di luar sana.
  2. Limit 60% adalah berkadaran sama dengan nilai maksimum LPPSA. Jika kita menggunakan maksimum pembiayaan perumahan dengan LPPSA maka tiada lagi ruang yang boleh digunakan untuk kewangan lain.

Sekian dari kami dari SGO. Kami mengharapkan perkongsian ini membawa manfaat kepada kita bersama.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistemguruonline