Poster Mewarna Israk Mikraj & Peristiwa Perjalanan Nabi Muhammad SAW

Poster Mewarna Israk Mikraj
Poster Mewarna Israk Mikraj

Poster Mewarna Israk Mikraj ini admin Sistem Guru Online kongsikan selepas edit dari perkongsian guru lain di facebook. Poster ini sesuai untuk anak-anak kita di sekolah rendah mewarna bagi program yang dianjurkan sekolah bagi menyemarakkan pemahaman anak-anak murid tentang peristiwa besar dalam sejarah umat islam. Sebelum itu, mari kita pelajari tentang peristiwa agung ini dahulu.

Bila Berlakunya Peristiwa Israk Mikraj ?

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi Muhammad SAW berumur 52 tahun iaitu setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

poster mewarna israk mikraj 27 rejab
Peristiwa israk mikraj 27 rejab

Perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW

peristiwa Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw
peristiwa Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw

Perjalanan ini mengambil masa selama 3/4 malam sahaja. Iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi Muhammad SAW kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah.

Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga ‘dibedah’ untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa’adiah.

 

Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw
Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw

Nabi Muhammad SAW telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

peristiwa Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw
peristiwa Perjalanan israk mikraj nabi muhammad saw

Dapatkan Poster Mewarna Israk Mikraj Bentuk PDF


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

 

Sumber : wikipedia

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.